in

“Saya bukan berlakon” – Yana Nafi Pecahkan Pasu RM400k Aliff Syukri, Tak Takut Disaman

yana isu pasu aliff

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kecoh sejak semalam mengenai video Datuk Aliff Syukri mengamuk apabila pelakon dan pengacara, Yana Samsudin didakwa enggan membayar rugi selepas memecahkan pasu mewah bernilai RM400,000.

Yana bagaimanapun tampil bersuara mengatakan bahawa insiden tersebut bukanlah gimik seperti yang didakwa netizen, sebaliknya kejadian sebenar ketika mengacarakan program raya terbitan Astro, dua minggu lalu.


Memetik sumber BH Online, Yana dan suami tidak menyangka bahawa video berkenaan tular dan terkejut kerana menganggap isu tersebut sudah diselesaikan pihak produser.

“Produser beritahu akan bertanggungjawab dan menyelesaikannya. Namun, sebaliknya video pergaduhan tular dan Aliff menuntut saya membayar ganti rugi bernilai RM400,000, jika tidak berdepan tindakan saman.

“Jujurnya, saya tidak gentar dengan gertakan Aliff. Kerana prinsip saya, berani kerana benar,” dakwanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Yana Samsudin (@yanasamsudin)

Aliff Syukri minta Yana pegang pasu

Menceritakan kejadian yang berlaku, Yana menyatakan Aliff mula menunjukkan barangan rumah termasuk set pinggan mangkuk jenama dan pasu mahal dimiliki.

Kemudian, usahawan kosmetik itu meminta Yana memegang pasu yang terletak dalam almari, namun tidak disambut Yana kerana tidak berani menyentuh barangan mahal seperti itu.

Yana mendakwa, pasu tersebut terlepas daripada genggaman Aliff dan dia mula mengamuk macam orang hilang akal apabila pasu pecah.

“Aliff marah sebab saya tak sambut pasu. Dia yang hempas pasu, saya pula dipersalahkan.

“Dia mula membebel dan mengeluarkan perkataan menghina. Itu yang membuatkan Fadzil hilang sabar dan mula bergaduh dengannya.”

Menjawab dakwaan kejadian tersebut hanyalah content, Yana mengatakan riak wajahnya tidak seperti orang dalam ketakutan kerana tidak bersalah dalam hal itu.

Beliau mengatakan tidak gentar jika usahawan berkenaan mahu menyamannya dan memberitahu banyak video rakaman yang boleh dijadikan bukti bahawa dirinya tidak bersalah dan tidak memecahkan pasu tersebut.

IMG 6112

“Ramai tuduh kami berpakat dengan Aliff melakukan gimik murahan. Adakah sebelum ini saya pernah terjebak dengan gimik seperti ini?

“Saya dan suami takkan buat gimik hanya semata-mata mahukan program raya bersama Aliff ini tular.

“Jika mahukan program ini tular, saya terlebih dahulu muat naik insiden berlaku dalam media sosial, tetapi saya tak buat,” katanya.

Yana juga mengalami kecederaan apabila percikan pasu yang terhempas terkena tangan kiri dan berdarah.

Baca: Aliff Syukri Mengamuk Yana Samsudin Pecahkan Pasu Mewah, Tapi Netizen Dakwa Hanya Lakonan?
yana samsudin aliff syukri

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.