• Facebook
  • twitter
  • Instagram
  • youtube
  • Pengiklanan
  • Hantar Artikel
  • Hubungi

Lobak Merah

  • Semasa
  • Berita Sosial
  • Gaya Hidup
  • Hiburan
  • Video
Search
Follow us
  • Facebook
  • twitter
  • Instagram
  • youtube
Menu

Lobak Merah

Search
in Berita Sosial

“Saya bimbang keselamatan budak tu” – Lelaki Buat TikTok Dengan Budak Perempuan & Dituduh Pedofilia Rupanya…

by Sue Idris August 17, 2020, 4:03 pm

ShareTweet
Pedo Tiktok

Kecoh di media sosial tentang sebuah video TikTok seorang lelaki berdurasi 19 saat selepas dimuat naik oleh pengguna Twitter. Berdasarkan video tersebut, lelaki itu dilihat tidak berbaju dan berada di sebuah kolam renang namun netizen mendakwa ianya mempunyai unsur pedofilia.

Semuanya gara-gara di dalam video yang menunjukkan lelaki tersebut menari, muncul seorang kanak-kanak perempuan yang turut menari mengikut rentak lagu.

Pedo6

 

“Saya bimbang atas keselamatan budak perempuan tu”

Individu yang muat naik video tersebut di Twitter turut tag akaun rasmi PDRM dan meminta agar lelaki itu ditangkap kerana mempunyai unsur pedofilia.

Assalamualaikum @PDRMsia boleh tolong tangkap dia tak? Sebab ada unsur pedophilia dalam video ni, saya bimbang atas keselamatan budak perempuan tu.”

Bagaimanapun, pengguna Twitter tersebut dilaporkan telah memadam semula susulan ianya menjadi kontroversi dan mendapat kritikan ramai di media sosial.

Pedo1

 

Adik lah!

Menurut mStar, tuan empunya badan sendiri turut memuat naik video itu semula di Instagram dan melalui kapsyen lelaki bernama Mohammad Ilias Zulkiffli itu, kanak-kanak tersebut adalah adik perempuannya.

Makin besaq makin budak gendut ni? dulu angkat senang ja skrg teruk! dia ajak bt lagu ni menari menari lemah betoi ni aku dh la kayu tak reti menari? sabar jela duhai adik kesayangan! last sekali kena campak padan muka! HAHA❤️.”

Pedo2

 

“Tengok ada banyak mesej negatif”

Kata pemuda berusia 24 tahun tersebut, kanak-kanak itu adalah adik bongsunya dan video berkenaan dimuat naik beberapa hari lepas di TikTok.

Malah dia turut akui jarang buka aplikasi TikTok dan memang terkejut bila dapat banyak mesej negatif serta turut dikecam ramai orang.

Video bersama adik kandung saya yang bongsu, dimuat naik di TikTok beberapa hari lepas. Saya ni main TikTok tapi jarang buka. Bila buka, tengok ada banyak mesej negatif.”

Saya memang terkejut sebab rasa pelik kenapa tiba-tiba orang kecam. Saya pun sebenarnya tak tahu tentang pedofilia tu sehingga tanya kawan. Kenapa nak kecam sedangkan itu video menari TikTok saya dengan adik kandung sendiri.”

Pedo5

Pedo4

 

Tiada yang lucah

Pada pendapatnya, tiada yang lucah di dalam video TikTok itu kerana hanyalah tarian semata-mata, sama macam yang dibuat oleh pengguna TikTok yang lain.

Di video itu terserlah dimuat naik guna akaun TikTok saya. Ada lagu dan kami menari bersama. Mereka yang tonton boleh nampak adik saya menggerakkan tangannya ikut rentak.”

Saya hanya menggerakkan badan sebab ketika tarian itu saya sedang mengangkat adik tapi kemudian melepaskannya semula untuk bergurau sebab dia berat sangat.”

Lagipun saya ni memang tak pandai menari dan mungkin kedudukan adik saya di hadapan sebab saya mahu angkat dia.”

 

Tanyalah dulu sebelum tuduh

Saya sangat kecewa, kenapa ada manusia yang tergamak fitnah. Nak marah pun tak boleh sebab antara mereka tak tahu perkara sebenar.”

Dia darah daging saya…saya besarkan dia bersama adik-beradik lain sejak ibu saya bergelar ibu tunggal. Ramai tak tahu berapa susahnya dan struggle hidup kami.”

Kepada mereka yang fitnah dan kecam saya, kaji selidik dulu. Sekurang-kurangnya tanya saya sebelum tuduh perkara yang tak pasti.”

https://www.instagram.com/p/CD5hPYOB6Mk/

 

Baca: “Sedikit terlalai, anak jadi mangsa” – PDRM Minta Ibu Bapa Pantau Anak Main TikTok, Takut Jadi Mangsa Sexual Grooming

Groom

Sumber: Instagram
Sumber: mStar
Sumber: mStar
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Terkini

  • Mangsa Cedera Kebakaran

    2 Beradik Berjaya Diselamatkan Oleh Bomba Dalam Kejadian Kebakar*n

  • Kemalangan Motor Terbabas

    Remaja Maut Motosikal Terbabas Dalam Longkang, Disyaki Cuba Lari Dari Pemeriksaan Polis

  • Solat Sunat Aidilfitri

    Tular Surat Rasmi Penetapan Waktu Solat Sunat Aidilfitri, Jabatan Mufti Pahang Sahkan Ia Palsu

  • 4Dubai

    Warga Britain Berdepan 2 Tahun Penjara Lepas Rakam Video Misil Iran Di Dubai

  • 3Murid

    Tangan Cedera Dipukul Guru, JPN Pulau Pinang Mulakan Siasatan

Video Terbaru

  • Belanjawan 2026

    [TONTON] Siaran Langsung Pembentangan Belanjawan 2026 Oleh YAB Perdana Menteri

  • Freepik The Style Is Candid Image Photography With Natural 29213

    Kenapa PRN Sabah 2025 Jadi Titik Penting Untuk Generasi Baru?

  • 5

    Gabungan Legenda dah Tiba!

  • Image

    AirAsia Diskaun Sehingga 33%

  • Thumbs Komando 3

    Disebalik Beret Hijau, Leftenan Youn Bongkar Realiti Latihan Komando | PotPetCast

Siaran Akhbar

  • Collage 15

    Bukan Sekadar Hiburan: Laporan Impak Sosioekonomi TikTok Malaysia Dedah Sumbangan RM20 Bilion kepada Ekonomi Digital

  • Collage 11

    Seindah Corak Aidilfitri Di Sunway Pyramid Suntik Nafas Moden Kepada Tradisi Klasik

  • Ft Hasil

    Ulang Tahun Ke-30 HASIL: Media Jadi Pemangkin Literasi Cukai Masyarakat

IKUTI KAMI

  • Facebook
  • twitter
  • Instagram
  • youtube

Video Terbaru

  • Belanjawan 2026

    [TONTON] Siaran Langsung Pembentangan Belanjawan 2026 Oleh YAB Perdana Menteri

  • Freepik The Style Is Candid Image Photography With Natural 29213

    Kenapa PRN Sabah 2025 Jadi Titik Penting Untuk Generasi Baru?

Terkini

  • Syaz Ft 2026 03 12T124954.971

    Santuni Peminat OKU di Singapura, Sikap Rendah Diri Siti Nurhaliza Dipuji Netizen

  • Ft Kamal Adli Uqasha

    “Salute, jaga kebajikan anak & bekas isteri” – Kamal Adli Belikan Baju Raya Buat Uqasha & Hawra Raih Pujian Netizen

  • Syaz Ft 2026 03 11T114215.895

    “Tolong beli susu & pampers” – Fazura Beri Amaran Keras, Akui Chot Jaga Fatima Sejak Dalam Perut Lagi

  • Ft Selebriti Penyakit Kronik

    Di Sebalik Keterampilan Yang ‘Fabulous’, 5 Selebriti Hollywood Ini Ada Penyakit Kronik

Sebahagian daripada network INFLUASIA. Copyright © 2026 Lobak Merah.

  • Hantar Artikel
  • Pengiklanan
  • Hubungi
  • Syarat Perkhidmatan
  • Privacy Policy
Back to Top
Close
  • Semasa
  • Berita Sosial
  • Gaya Hidup
  • Hiburan
  • Video
  • Pengiklanan
  • Hantar Artikel
  • Hubungi
  • Facebook
  • twitter
  • Instagram
  • youtube