in

“Saya berdoa kes ini berjalan lancar” – Peguam Tidak Lagi Wakili Ibu Bapa Zayn Rayyan Yang Direman

Zayn Rayyan Peguam Tarik Diri

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi mereka yang mengikuti rapat kes pembunuhan kanak-kanak autism, Zayn Rayyan Abdul Matiin, pasti anda semua sedia maklum bahawa ibu bapa kepada kanak-kanak ini telah direman bagi siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.


Terbaru pagi ini, peguam yang mewakili ibu bapa mangsa, memaklumkan bahawa beliau tidak lagi mewakili mereka bermula hari ini.

Obj52203808 1717462068

Mahmud Jumaat dari Tetuan Emir Mahmud & Co berkata, dirinya tidak lagi mewakili ibu bapa Allahyarham Zayn Rayyan atas sebab-sebab yang tidak boleh dielakkan.

Saya berdoa supaya perjalanan kes ini berjalan lancar mengikut proses undang-undang sedia ada.

“Sebagai pengamal undang-undang, saya ingin menasihati semua pihak supaya menghormati proses undang-undang dan tidak membuat spekulasi liar mengenai kes ini demi kebaikan bersama,” katanya.

Artikel berkaitan: Belum Ada Tangkapan Lain Selepas Ibu Bapa Zayn Rayyan Ditahan – Ketua Polis Negara

Artikel berkaitan: Ibu Bapa Zayn Rayyan Ditahan Bagi Membantu Siasatan, Disiasat Mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan

Pengasuh, dua ahli keluarga diambil keterangan

Dalam pada itu, semalam, polis difahamkan telah memanggil bekas pengasuh dan dua ahli keluarga bagi membantu siasatan susulan penahanan ibu bapa Zayn Rayyan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, kesemua individu itu dipanggil bagi dirakam keterangan untuk melengkapkan siasatan yang dilakukan.

Hussein Omar 1717394793

Mereka dipanggil untuk membantu dan melengkapkan siasatan polis. Ada kemungkinan kita akan panggil individu lain selepas ini namun ia bergantung kepada keperluan siasatan,” katanya.

Terdahulu, media juga melaporkan pihak polis telah merampas telefon bimbit ibu dan bapa Zayn bagi siasatan lanjut.

Pihak polis juga memaklumkan bahawa ibu bapa kanak-kanak autism tersebut direman seminggu bagi membolehkan mereka menjalankan siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sama-sama kita tunggu laporan selanjutnya daripada pihak polis. 

Sumber: BH, Harian Metro

Sumber: HM
Sumber: BH

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.