Zaman dulu-dulu selalu je kita dengar atau tengok filem pasal orang minyak yang suka rompak rumah orang dan perkosa gadis-gadis kat kampung. Tak ada sesiapa yang tahu pasal kewujudan orang minyak zaman sekarang sampai lah berlaku satu insiden kat Kota Bharu.
Menurut Astro Awani, penduduk di sekitar Pengkalan Demit, Kubang Kerian gempar dengan berita kemunculan orang minyak yang menggganggu ketenteraman awam sejak sebulan lalu. Seorang penduduk menceritakan yang gangguan tu sampai ke kemuncak apabila seorang gadis hampir dicabul semalam.
Orang minyak itu khabarnya cuba nak mencabul Nik Anis Ashira Kamarulzaman, gadis berusia 17 tahun tersebut sekitar jam 9 pagi sewaktu gadis tu tengah sidai pakaian kat belakang rumah. Boleh nampak kesan minyak kat kaki Anis!
“Saya bagaikan dipukau dan ditarik individu yang tidak dikenali itu ke ruang tamu. Saya hanya tersedar selepas dicekik di leher manakala kaki, tangan dan perut diikat dengan tali,” kata Anis.
“Saya menjadi sesak nafas akibat jerutan kuat tali di bahagian perut dan hanya mampu menangis serta menjerit minta tolong sebelum kelibat itu melarikan diri menerusi tingkap dapur.”
Lepas orang minyak tu larikan diri, Anis beritahu yang jiran datang buka ikatan pada badan dia dan terus hubungi ayah dan adik lelakinya yang tengah sarapan dekat sebuah kedai makan berhampiran. Bapa Anis mendakwa yang gangguan orang minyak ni memang dah berlarutan sebulan lamanya.
“Kami penduduk kampung berjaga, mengepung dan melakukan sembahyang hajat, namun orang minyak ini tetap mengganggu,” kata bapa Anis.
“Sekurang-kurangnya empat rumah kampung ini menjadi mangsa balingan batu hingga menyebabkan cermin tingkap pecah.”
Lebih menakutkan, ada penduduk yang mendakwa dorang ada nampak kelibat orang minyak buat hal tapi masih tak berjaya nak tangkap lembaga tu. Anis dilaporkan dalam proses nak buat laporan polis tentang hal ini.
Sentiasa berhati-hati tak kira waktu dan tempat. Zaman sekarang ni siang pun orang jahat aktif buat jenayah.
Baca: Gadis Selamatkan Diri Dengan Menjerit Selepas Hampir Dicabul Dalam Bas Ekspres Di Kajang