Baru-baru ini tular satu video di TikTok apabila ada seorang gadis bawah umur berusia 16 tahun muat naik perkongsian fotonya yang mesra dengan pelakon dan penyanyi, Erry Putra.
Ia telah mencetuskan tanda tanya mengenai hubungan mereka, isu menjadi semakin hangat apabila gadis tersebut berseloroh dengan memberikan bayangan seolah-olah mereka bercinta ketika ditanya oleh netizen.
Artikel berkaitan : Kapsyen Instagram Erry Putra Bikin Ramai Tak Selesa, Lagi Artis Lelaki Buat Hal?
Artikel berkaitan : “Respect!” – Jihan Muse Bawa Kerusi Oren Naik Pentas AME2021 Dapat Pujian Sebab…
Disebabkan itu, Erry Putra tampil memberikan respon dengan mengatakan bahawa hubungan dia dan gadis tersebut hanyalah sebagai artis dan peminat, mereka mula berkenalan dalam satu acara di Pulau Pinang.
“Saya tak pernah bercinta dengan mana-mana gadis bawah umur. Saya kenal gadis tersebut dalam sebuah acara di Pulau Pinang.”
“Kami juga ada berkomunikasi di Instagram. Tetapi saya tidak pernah memberikan nombor telefon saya kepadanya. Disebabkan jarak umur kami yang begitu yeng jauh, saya anggap dia anak dan peminat saya.”
@f8buzz Belum reda kontroversi Erry Putra yang dikatakan mencuri lagu Kelly Azman @F8Buzz, muncul satu lagi isu mengaitkan dirinya dengan seorang gadis berusia 16 tahun. Memberi bayangan mempunyai hunungan istimewa dengan Erry, gadis tersebbut banyak memuat naik foto bersama pelakon dan penyanyi tersebut di media sosial sehingga mendapat tonton lebih sejuta orang. Lebih menarik perhatian, gadis itu turut membuat kenyataan yang berbau romantis seperti mempunyai hubungan dengan Erry. Kuala Lumpur • 7 Februari 2024 #f8buzzhiburan #sembangentertainment #erryputra #skandal #peminat
Jelas Erry lagi, dia melayan semua peminat-peminatnya sama rata sahaja. Walau bagaimanapun, Erry menjelaskan bahawa dia menghargai kesetiaan gadis tersebut sebagai peminatnya.