Belakangan ini, banyak isu kurang baik yang melanda negara Malaysia. Harga barang semakin meningkat, masalah bekalan makanan dan krisis politik yang tidak stabil di negara ini.
Situasi ini kadangkala membuatkan kita semua merindukan negara Malaysia yang lebih aman dan harmoni. Namun begitu, sebenarnya rekod Malaysia di persada antarabangsa masih boleh dibanggakan oleh kita semua.
Berikut adalah senarai di mana Malaysia mengungguli carta di tangga pertama dan kedua, mengatasi negara-negara maju yang lain.
1. Industri halal
Kedudukan: Pertama
Untuk pengetahuan anda, Malaysia merupakan negara terbesar yang menguasai pasaran halal dunia. Menurut data yang disimpan oleh Halal Food Indicator (HFI), Malaysia memperoleh skor 209.8.
Rekod ini diambil berdasarkan faktor perdagangan produk makanan, undang-undang, harga dan macam-macam lagi. Dalam industri ini, Malaysia mengatasi negara UAE dan Indonesia.
2. Export getah
Kedudukan: Pertama
Umum mengetahui, Malaysia merupakan salah satu pengimport terbesar getah di dunia. Menurut sumber, syarikat Top Glove Corp merupakan pembuat sarung tangan getah yang terbesar di dunia.
Secara purata, 1 per 5 sarung tangan getah yang wujud dia dunia adalah dari Malaysia.
3. Pengeluar minyak sawit
Kedudukan: Kedua
Malaysia merupakan pengeluar minyak sawit kedua terkemuka di seluruh dunia. Di Malaysia, minyak sawit merupakan salah satu industri utama dan menyumbang 2.7 peratus kepada keseluruhan keluaran dalam negara (GDP).
4. Umur hutan hujan
Kedudukan: Kedua
Seperti yang kita tahu, Malaysia adalah sebuah negara yang kaya dengan hutan simpan dan tumbuhan hijau. Dalam senarai dunia, Malaysia berada di tangga ke-2 dalam senarai hutan hujan simpan tertua di dunia.
Hutan hujan di Malaysia berusia kira-kira 140 juta tahun, ia lebih tua dari Amazon.
5. Pembekal perkhidmatan dron
Kedudukan: Pertama
Bunyi sedikit mengejutkan, namun tahukah anda Malaysia sebenarnya pembekal perkhidmatan dron yang terbesar di dunia.
Syarikat Aerodyne Group yang terletak di Cyberjaya ialah sebuah syarikat teknologi global yang diasaskan di Malaysa. Syarikat ini menduduki tempat pertama dalam senarai yang dikeluarkan oleh Drone Industry Insights of Germany.
Mereka menyediakan perkhidmatan berasaskan dron untuk pelbagai industri di seluruh dunia.
6. Senarai bangunan tertinggi
Kedudukan: Kedua
Meskipun menara Merdeka 118 menerima bantahan ramai semasa di awal fasa pembinaannya, namun menara ini adalah sesuatu yang boleh dibanggakan oleh Malaysia.
Merdeka 118 merupakan bangunan kedua tertinggi di dunia, di belakang Burj Khalifa yang terletak di Dubai.
7. Penerbitan Al-Quran
Kedudukan: Kedua
Nasyrul Quran di Putrajaya adalah pusat pengeluaran al-Quran kedua yang terbesar di dunia. Menurut sumber, kompleks ini adalah kedua yang terbesar selepas Kompleks King Fahd di Madinah.
Hebat juga Malaysia ni kan?
Kredit: Richard Ker
BACA: Mampu Terbang Sejauh 77.134 Meter, Kapal Terbang Kertas Ciptaan Anak Muda Malaysia Pecah Rekod Dunia