Korea Selatan merupakan antara destinasi pelancongan yang diminati oleh rakyat Malaysia khususnya yang meminati budaya atau dunia hiburan mereka.
Banyak agensi pelancongan yang menawarkan pakej percutian ke Korea Selatan termasuklah seorang TikTok famous warga Malaysia yang menetap di sana iaitu Kim Seri.
Artikel berkaitan: Dari Seorang Cikgu, TikToker Terkenal Kim Seri Berjaya Buka Restoran Halal Di Myeondong Korea
Artikel berkaitan: Mudah Hilang Fokus Jadi Sebab Pelajar Korea Selatan Dilarang Dengar Lagu APT
Baru-baru ini, tular sebuah video mengatakan pakej pelancongan yang ditawarkan oleh Kim Seri itu tidak berbaloi serta mempunyai pengurusan yang sangat buruk.
Malah, di ruangan komen video tersebut ramai yang meluahkan serta mendedahkan pengalaman buruk mereka menggunakan perkhidmatan pelancongan pempengaruh itu.
Pun begitu, susulan tularnya video itu, Kim Seri menerusi laman TikTok miliknya dengan rendah hati mengakui kesilapan dari pihaknya dan melakukan permohonan maaf secara terbuka.
“Berikan saya sedikit masa untuk memulihkan kembali segala kekurangan dan kelemahan tersebut dengan segala kekuatan yang masih bersisa.
Terima kasih atas segala kritikan membina. Mohon maaf lagi sekali atas kekurangan yang ada,” tulisnya.
Ruangan komen hantaran itu mendapat reaksi yang pelbagai daripada netizen, rata-rata berpesan agar Kim Seri lebih fokus dalam perniagaannya.
Setakat artikel ini ditulis, hantaran tersebut sudah mendapat lebih 930K tontonan serta lebih 800 komen.