Pembinaan bonggol seperti di kawasan perumahan bertujuan untuk keselamatan supaya pemandu tidak memandu dengan laju dan berhati-hati.
Tapi, lalu satu sahaja jalan berbonggol sudah membuatkan kita berasa kurang selesa, apatah lagi melalui 7 bonggol dalam satu jalan yang sama.
Situasi ini dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok yang memuat naik video, memaparkan sebuah jalan di kawasan taman perumahan dilihat mempunyai banyak bonggol.
Artikel berkaitan: Lelaki Sanggup Belanja RM1,080 Duit i-Sinar KWSP Untuk Bina 11 Bonggol Atas Jalan Gara-gara Tak Tahan Bunyi Bising Ganggu Tidur
Artikel berkaitan: “Kan ada tanda 35km/j tu?” – Netizen Persoal Bonggol Di Jalan Besar, Minta Pemandu Hati-Hati
Menerusi video berdurasi 32 saat itu, individu yang merakam situasi di dalam kereta ketika melalui jalan yang berbonggol berasa terhibur dan dalam masa yang sama pelik dengan beberapa bonggol yang dibina dengan jarak dekat.
@cikbar4k
“Tu dia… kalau naik motor sakit tulang belakang,” ujarnya.
Perkongsian video itu telah meraih perhatian ramai dan menjadi tanda tanya mengapa bonggol dibina sebanyak itu dalam satu jalan. Malah, netizen sempat berseloroh mengenai jalan yang dipenuhi bonggol itu.
Menjengah ke ruangan komen, pengguna media sosial mengatakan kawasan itu merupakan taman perumahan di Kajang.
Kata seorang pengguna, pihak berkuasa yang meluluskan pembinaan bonggol ini disebabkan laluan situ pernah berlaku kemalangan jalan raya.
Kena ada kesabaran tinggi kalau terlalu jalan sini…
Sumber: TikTok