in

“Satu penghinaan” – Pendakwah Tegur Individu Pasang Lagu ‘Jedag Jedug’ Ketika Live Baca Al-Quran

Quran 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau korang tengok Facebook, Instagram dan TikTok, ramai agamawan membuat siaran langsung untuk menyebarkan kebaikan seperti mengajar Al-Quran. Tak dinafikan juga, cara sebegitu dapat menarik perhatian ramai anak muda zaman sekarang.

Namun, tular baru-baru ini mengenai seorang individu yang mengajar Al-Quran di platform media sosial namun dia telah memasang muzik rentak laju atau lebih mudah dikenali sebagai ‘Jedag Jedug’ ketika sesi siaran langsung.


Satu penghinaan

Dalam video tersebut, seorang individu yang membuat live bacaan Al-Quran dilihat amat gembira ketika jumlah tontonan siaran langsungnya semakin meningkat. Jadi, dia telah memasang lagu rentak ‘Jedag Jedug’ untuk menyambut momen tersebut sambil berjoget kegembiraan.

Muzik ‘Jedag Jedug’ adalah istilah untuk menggambarkan rentak lagu EDM (Electronic Dance Music) biasa digunakan dalam muzik remix Indonesia.

Artikel berkaitan: Netizen Tegur Tindakan ‘Ustaz’ Di TikTok, Minta Wanita Buka Kamera Ketika ‘Live’ Sebab Nak Ajar Mengaji

Artikel berkaitan: “Siap naik langit..” – Individu Guna Platform TikTok ‘Live’ Sebar Ajaran Sesat

Pun begitu, seorang pendakwah yang juga pakar Al-Quran, Dr Kamilin Jamilin telah menegur individu itu selepas dia menonton live tersebut.

Saya ada nampak video tu, terutamanya bahagian membabitkan muzik ada lagu macam dangdut sikit, yang disebelahi dengan kelas yang dikatakan mengajar Al-Quran.

Saya sebagai orang yang terlibat dalam industri Al-Quran, kita rasa agak sedih dan kecewa sebab ia satu penghinaan dan mencemarkan kemuliaan Al-Quran.

@drkamilinjamilin

Teguran! #AdabAlQuran

♬ original sound – Dr. Kamilin Jamilin – Dr. Kamilin Jamilin

Muzik dan Al-Quran tak boleh digabung

Tambahnya, Imam Syafie berkata muzik sebegitu dengan lantunan ayat suci Al-Quran sama sekali tidak boleh digabungkan kerana boleh menimbulkan nifak dalam hati. Nifak adalah perbuatan yang menampakkan keislaman namun menyembunyikan keburukan.

Macam mana nak bercampur antara cahaya Allah dan kegelapan sebegini.

Walaupun ia boleh memikat generasi anak muda, namun cara tersebut perlu dielakkan untuk memelihara kesucian Al-Quran.

Mereka yang selalu mendedahkan diri kepada muzik, secara automatik nak hafal Al-Quran memang susah.. memang akan lupa. Cuba cari orang yang minat sangat muzik dan boleh jaga 30 juzuk Al-Quran, susah kita nak jumpa.

Rata-rata netizen di ruangan komen juga bersetuju dengan teguran tersebut.

Quran 1 Quran 2

Terima kasih ustaz..

Sumber: TikTok

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.