in

“Satu hospital tengah berbual” – Wanita Terberanak Dalam Kereta, Sampai Hospital Bayi Elok Terbaring Atas Riba

ft bersalin dalam kereta

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tular di TikTok kisah seorang wanita yang terpaksa melahirkan anak di dalam kereta sewaktu dalam perjalanan ke hospital. Difahamkan kejadian dalam video yang telah meraih 1.7 juta tontonan ini berlaku di Johor Bahru.

Artikel berkaitan : Doktor Kongsi Kisah Wanita Bersalin Dalam Kereta, Beri Peringatan Buat Bakal Ibu Untuk Bersedia Lebih Awal


Artikel berkaitan : Bangunan Tiada Lift, Ibu Mentua Upah Kren Untuk Bawa Menantu Baru Bersalin Naik Ke Rumah Di Tingkat 7

Menurut pengguna TikTok ini, kakaknya melahirkan anak ketika berada di zon kecemasan di sebuah hospital swasta di Tebrau, Johor.

Apa yang membuatkan ramai kakitangan hospital terkejut adalah kakaknya selamat melahirkan bayi tersebut dengan posisi bayi berkenaan terbaring di atas peha ibunya sejurus sahaja mereka membuka pintu kecemasan.

Katanya, bayi tersebut dilahirkan ketika si suaminya berada di sisi tanpa sebarang bantuan daripada doktor.

@asyqueeeen

satu hospital columbia tebrau tengah bebual pasal cara kakak aku beranak 😂 sebab anaknya dah keluar dulu dalam kereta, nurse bukak2 pintu emergency je dah terkejut anaknya dah posisi mcm tu 🤣 Papepun alhamdulilah Allah permudahkan 💖

♬ suara asli – Ahleswander – Ahleswander

“Satu Hospital Columbia Tebrau tengah bebual pasal cara kakak aku beranak sebab anaknya dah keluar dulu dalam kereta, nurse buka-buka pintu emergency je dah terkejut anaknya dah posisi macam tu. Papepun alhamdulilah Allah permudahkan.”

Bercerita lebih lanjut, tuan empunya badan iaitu Amirajeffri berkata, air ketuban sudah mula pecah sejak dia berada di dalam lif rumah lagi dan menurutnya, kepala bayi sudah mula keluar, namun ketika jejak masuk ke dalam kereta, dia meneran dan bayi tersebut terus keluar seluruh badannya.

Sesampainya di hospital yang jaraknya hanya 3 ke 5 minit dari rumah, proses memotong tali pusat dilakukan dari dalam kereta.

Sementara itu, adiknya menjelaskan kepada Team Lobak Mereh bahawa kejadian itu berlaku pada awal pagi kira-kira jam 4.50 pagi. Bagaimanapun bayi tersebut difahamkan berada dalam keadaan stabil dan proses rawatan susulan selanjutnya telah pun selamat dilakukan.

Sumber : TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.