in

“Saree pun kena rembat” – Penunjuk Perasaan ‘Serbu’ Rumah Sheikh Hasina, Ambil Barangan Peribadi

Syaz Ft 2024 08 06T105835.831

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Umum mengetahui, negara Bangladesh kini sedang dalam kekecohan disebabkan peluang pekerjaan yang ‘diasingkan’ mengikut kuota, perkara ini membuatkan ramai anak muda negara itu tidak puas hati lalu melakukan tunjuk perasan.

Demonstrasi itu menyebabkan tentera Bangladesh bertindak membunuh penunjuk perasaan dan setakat ini angka kematian mencecah 300.


Artikel berkaitan: Rusuhan Di Bangladesh Buat Pelajar M’sia Di Sana Dalam Bahaya? Ini Apa Yang Berlaku…

Artikel berkaitan; “Ada yang bawa senjata” – Pelajar Malaysia Di Bangladesh Kongsi Detik Cemas Ketika Di Sana

Terbaru, Perdana Menteri, Sheikh Hasina dikhabarkan telah meletak jawatan dan melarikan diri ke ‘tempat selamat’.

Selepas beliau keluar dari negara itu, penunjuk perasaan dilihat merompak pelbagai barangan dari kediaman rasmi Ganabhaban yang terletak di Dhaka, Bangladesh itu.

Laporan dan gambar yang tular di media sosial memaparkan orang ramai mengambil perabot, ternakan dan barangan makanan, termasuk arnab, ayam dan ikan.

Malah, ada juga penunjuk perasaan ini yang dilihat makan makanan seperti nasi biryani dan lauk-lauk yang berada di dapur kediaman itu.

Dalam pada itu, orang ramai juga dilihat merosakkan harta benda di situ serta mengalihkan tugu Sheikh Mujibur Rahman, pengasas Bangladesh, dan membakar pejabat parti Liga Awami.

Sumber: Firstpost

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.