Baru-baru ini agak kecoh apabila Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Sanusi Md Noor mendakwa bahawa Pulau Pinang adalah milik Kedah. Menurutnya, tiada tuntutan perlu dibuat ke atas Pulau Pinang kerana ia memang sejak azali kepunyaan Kedah.
Yang saya tahu Pulau Pinang itu Kedah punya. Jadi tak dak la sempadan Kedah-Pulau Pinang tu, sempadan negeri kita dok sebelah pulau sana, dengan Perak mungkin ada.”
Jelasnya dakwaan ini telah menyebabkan ramai yang mengecam menteri besar ini. Malah Pengerusi DAP, Lim Guan Eng turut menyeru penduduk Pulau Pinang untuk membuat laporan mengenai kenyataan Sanusi ini.
Manakala, Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi mengatakan kenyataan yang dibuat oleh Sanusi itu menunjukkan bahawa Menteri Besar tersebut mempunyai pengetahuan dan pemahaman yang rendah tentang sejarah dan Perlembagaan negara.
Jadi persoalannya, betul ke Pulau Pinang ni milik Kedah? Siapa yang betul dan siapa yang salah? Jom kita tengok!
Dakwaan Sanusi
Kalau korang nak tahu, dakwaan bahawa Pulau Pinang merupakan milik Kedah ini telah pun dibuat oleh Sanusi sejak tiga tahun lalu. Ia dibuat selepas Pulau Pinang meminta Kedah untuk melindungi hutan tadahan air mereka.
Syarikat air Pulau Pinang, PBAPP meminta agar pembalakan di Hutan Simpan Ulu Muda dihentikan bagi menjaga kawasan tersebut dari diceroboh.
Untuk pengetahuan korang, 80% bekalan air mentah Pulau Pinang berasal dari Sungai Muda yang merupakan hulu hutan tersebut.
Ekoran ini, Sanusi meminta agar Pulau Pinang tidak campur urusan Kedah dan menuduh negeri tersebut mengganggu kedaulatan Kedah.
Tak cukup dengan itu, Sanusi meminta agar Pulau Pinang membayar Kedah sebanyak RM50 juta setahun untuk air yang diambil dari Sungai Muda namun ditolak oleh Pulau Pinang yang mengatakan mereka mempunyai hak untuk mengambil air di situ sama seperti Perlis dan Kedah.
Sanusi bertindak balas dengan menuntut RM100 juta setahun sebagai bayaran pajakan, dengan mendakwa Pulau Pinang dan Seberang Perai “dipajak” dari Kedah.
Sejarah Pulau Pinang
Dakwaan Sanusi ini ada betulnya, Pulau Pinang memang milik Kedah sehingga tahun 1786 sebelum ketibaan Francis Light.
Pada tahun 1786, Francis Light dari Syarikat Hindia Timur (EIC) telah tiba di Pulau Pinang selepas membuat perjanjian dengan Sultan Kedah pada ketika itu Sultan Abdullah Mukarram Shah.
Ketika ini, Pulau Pinang merupakan satu hutan yang besar dan hanya mempunyai penduduk seramai 58 orang.
Pada tahun yang sama, Siam telah berjaya melawan kesultanan Patani dan menuntut Kedah sebagai jajahan taklukannya. Disebabkan ini, Francis telah menawarkan untuk memberi pinjaman sebanyak 6,000 dolar Sepanyol setiap tahun serta bantuan ketenteraan kepada Sultan Abdullah dengan syarat EIC dapat duduk di Pulau Pinang.
Seterusnya Perjanjian Persahabatan dan Keamanan pada telah ditandatangani pada 1791 dengan memberi pajakan Pulau Pinang kepada EIC.
Perjanjian ini kemudiannya diperbaharui pada tahun 1800 dengan British meningkatkan jumlah bayaran tahunan kepada 10,000 dolar Sepanyol.
Namun begitu, perjanjian ini telah hilang kepentingannya pada tahun 1826 apabila Pulau Pinang, Melaka dan Singapura telah membentuk Negeri-Negeri Selat yang ditadbir oleh kerajaan (British) India.
Menurut ahli sejarah Ranjit Singh Malhi, pada 1867 penempatan itu diletakkan di bawah kawalan langsung London sebagai tanah jajahan.
Selepas merdeka, Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 yang menyatakan Pulau Pinang menjadi sebahagian daripada Persekutuan Malaya sebagai negeri yang berasingan dari Kedah telah ditandatangani oleh Raja-Raja Melayu dan Sir Donald MacGillivray yang mewakili Ratu England.
Selepas perjanjian ini, kerajaan persekutuan perlu membayar Kedah honorarium tahunan sebanyak RM10,000 dan dinaikkan kepada RM10,010,000 pada tahun 2018.
Perlembagaan Persekutuan
Menerusi Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 ini juga maka terbentuknya Perlembagaan Persekutuan yang menyebut Pulau Pinang sebagai sebuah negeri berdaulat seperti yang termaktub dalam Perkara 1(2) Perlembagaan Persekutuan.
Perkara 71(1), dibaca bersama Jadual Kelapan, menjamin setiap negeri, termasuk Pulau Pinang, mempunyai perlembagaan sendiri.
Pada tahun 1985, kerajaan negeri Kedah dan Pulau Pinang bersetuju untuk menukar sempadan utara mereka di Seberang Perai kepada garis tengah alur Sungai Muda.
Kalau korang nak tahu, sebelum ini, keseluruhan sungai yang mengalir ke Seberang Perai adalah di bawah bidang kuasa Pulau Pinang.
Satu akta Parlimen telah diluluskan, memaksa Pulau Pinang menyerahkan sebahagian daripada sungai itu kepada Kedah.
Valid ke tuntutan Sanusi ni?
Menurut Peguam Andrew Khoo, tuntutan Kedah terhadap Pulau Pinang ini tidak berasas dan cadangan menteri besar ini tak masuk akal dan berbahaya.
Ia tak masuk akal kerana ia melanggar semua rekod undang-undang dan perlembagaan yang diketahui.
“Berbahaya, kerana ia akan mendorong revisionisme sejarah dan geografi oleh negeri dan kumpulan berkepentingan lain yang akan menghancurkan teras kenegaraan kita.”
Terbaru, Perdana Menteri Anwar Ibrahim di Parlimen sebentar tadi mengatakan bahawa pihak berkuasa bersedia untuk mengambil tindakan ke atas Sanusi supaya dakwaan seperti ini tidak lagi berulang.
Yelah benda memang dah tertakluk dalam perlembagaan kan? Lagipun Kedah dapat honorarium banyak tuuuuu
Baca: “Berkira, tahi hidung masin” – Sanusi Berang Penyokong PN Tuntut ‘Balasan’ Pulang Mengundi