Peminat motosikal klasik pastinya tidak asing dengan Yamaha RXZ. Motosikal yang sangat ikonik itu sehingga kini masih menjadi kegilaan ramai. Walaupun telah dihentikan pembinaan pada tahun 2011, peminatnya masih ramai sehingga ke hari ini.
Terkini, Karnival RXZ Members 6.0 diadakan di Litar Permotoran Terengganu, Gong Badak, Kuala Nerus telah menarik penyertaan 80,000 peserta dari seluruh negara. Tidak melepaskan peluang untuk turut hadir, penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus (UAI).
Beliau juga sempat mencuba menunggang motosikal ketika karnival itu berlangsung. Korang boleh tengok video @aswadnason di bawah.
@aswadnason Tuan Guru UAI dah sampai?.. Tazkirah di Himpunan RXZ Members 6.0 #rxz_members_official #UAI #ustazazharidrus #tranung #terengganu #fypシ #tazkirah #rxz
Artikel berkaitan: “Betullah orang kata rezeki tak salah alamat” – Lelaki Ini Berjaya ‘Swap’ Motor RX-Z Dengan Tanah Lot
Artikel berkaitan: “Kembar terpisah ke ni?” – Netizen Teruja Tengok Pelancong China Mirip UAI Bercuti Di Pulau Redang
Santuni Anak Muda
Begitulah seorang ilmuan, santuni segenap lapisan masyarakat menerusi aktiviti yang mereka gemari. Tahniah UAI dan peminat Yamaha RXZ yang turut hadir.
Betul, selagi tak salah dari sudut syarak, segala usaha kita untuk mendekatkan lebih ramai orang ke jalan Illahi dibolehkan.
Dari dulu lagi kita tahu UAI memang mudah menyantuni. Lagi-lagi dah tetamu datang ke negeri beliau kan. Seronok tengok ustaz yagn sporting mcm ni.
Amiinn.. semoga semua yang sempat meluangkan masa bersama UAI dilimpahkan ilmu yang bermanfaat.