Ramai yang tak tahu, kerja sebagai ustaz dan pendakwah ni bukanlah satu kerja yang mudah. Tambah-tambah pulak nak mengislamkan seseorang yang memang zero knowledge tentang agama kita. Namun usaha dan kegigihan pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew dalam mengislamkan seorang gelandangan ni patut dipuji kerana tak ramai yang sanggup lakukan apa yang dia buat.
Menerusi Facebook Ustaz Ebit Lew sendiri, dia telah berkongsi pengalaman mencari seorang wanita gelandangan yang tinggal di bawah jambatan demi memenuhi kehendak wanita tu untuk memeluk agama Islam. Tak kisah memanjat atau melalui lorong yang busuk, Ustaz Ebit Lew sanggup jumpa wanita yang katanya ‘ingin dekat dengan Allah’.
“Bawah jambatan cari kakak yang inginkan hidayah. Hari air mata. Misi pagi ini mengambil seorang kakak semalam masuk Islam. Siapa sangka kan ada orang begini susah hidup. Sedang kita tidur lena.
“Syukur jumpa kakak semalam yang telah mengucap syahadah. Dia yang nak belajar, menangis semalam ingin belajar nak dekat dengan Allah,” kata Ustaz Ebit Lew.
Terharu dengan tindakan ustaz sanggup turun ke tempat ‘kotor’ demi mencarinya, wanita tersebut menangis dan mohon maaf kerana menyusahkan.
“Dia menangis minta maaf sebab ustaz sampai cari di bawah ini. Seram betul. Memang tinggi. Kalau jatuh boleh ICU rasanya. Tapi ujian kehidupan, di sini ada orang tidur.
“Dalam minta maaf pada saya, kata saya kakak lagi berharga dari seisi dunia sebab Allah sayang kakak. Dia gerakkan saya cari kakak di sini sebab Allah sayang kakak. Kakak ni memang orang baik,” tambah Ustaz Ebit Lew.
Menurutnya lagi, wanita tu akan dibawa tinggal ke tempat yang lebih selesa sambil mempelajari Islam dengan lebih baik. Setelah habis belajar, wanita itu akan dibantu Ustaz Ebit Lew dan rakan-rakannya yang lain untuk dapatkan kerja.
Perkongsian Ustaz Ebit mendapat respon positif netizen yang rata-rata terharu dengan tindakan pendakwah tersebut. Kebanyakannya menyokong supaya usaha ustaz ni diteruskan dan berharap dakwah seperti ni dijadikan contoh buat semua.
Semoga ustaz terus bersemangat lakukan dakwah dan bantu orang susah. Terharu tengok ustaz dan rakan turun bawah jambatan.
Baca: Pengurus Restoran Murah Hati, Beri 100 Helai Selimut Kepada Gelandangan Kerana Cuaca Sejuk