Zaman sekarang ni, macam-macam aplikasi online dating yang tersedia. Tak dinafikan, ramai juga jumpa jodoh melalui aplikasi seperti ini namun risiko untuk ditipu tetap tinggi.
Macam baru-baru ni, seorang wanita Malaysia telah membuat keputusan untuk berjumpa dengan kekasih online-nya buat kali pertama tanpa menyedari tragedi yang akan menimpanya.
Memetik laporan dari Manila Bulletin, seorang wanita yang tidak didedahkan identitinya ini telah bertemu dengan seorang lelaki bernama “Jerry” melalui aplikasi dating.
Setelah bercinta secara online, wanita ini membuat keputusan untuk terbang dan berjumpa buat pertama kali dengan kekasihnya itu di Filipina pada Isnin lalu.
Setibanya di lapangan terbang, wanita ini telah dijemput oleh lelaki bernama Jerry dan di bawa ke Carmona di mana dia telah diculik dan ditahan di dalam sebuah rumah.
Menurut Ketua Polis Antarabangsa Filipina, Rodolfo Azurin, wanita ini kemudiannya telah dipaksa untuk menghantar mesej kepada keluarganya di Malaysia bagi mengirimkan wang tebusan sebanyak 300,000 pesos (RM26,000) jika mahu wanita malang ini dibebaskan.
Namun begitu, penculik wanita ini tidak mengetahui bahawa dia telah menghantar gambaran lelaki tersebut dan seorang lagi lelaki lain serta kenderaan yang mereka gunakan ketika mengambilnya di lapangan terbang.
Menggunakan maklumat yang diberikan oleh wanita tersebut, pihak polis Filipina telah menjalankan operasi menyelamat bagi membebaskan wanita tersebut serta menahan dua orang suspek.
Untuk pengetahuan korang, salah seorang lelaki tersebut adalah warganegara Malaysia. Dua suspek ini telah dibawa ke ibu pejabat polis antarabangsa di Bandar Quezon untuk soal siasat.
Alahai, nasib baik dapat diselamatkan. Entah-entah dorang memang dah lama buat kerja macam ni. Korang yang guna aplikasi dating ni tolong hati-hati okay?
Baca: “Ugut nak campak dalam sungai” – Penculik Kucing Minta RM 6,000 Sebagai Wang Tebusan