Saingan Piala Asia untuk skuad negara telah pun tamat di peringkat kumpulan baru-baru ini. Walaupun kita tidak layak ke peringkat seterusnya, keputusan seri 3-3 ketika bertemu pasukan ranking ke-23 dunia, Korea Selatan sudah cukup bermakna buat seluruh rakyat Malaysia.
Tular di media sosial dalam minggu ini selepas dikhabarkan seorang penyokong skuad Harimau Malaya yang terbang dan menyaksikan sendiri perlawanan antara Malaysia dan Korea Selatan menjual motosikalnya. Derrick Gan, telah menjual motosikal miliknya bagi menampung pembiayaian beliau ke Qatar.
Sebuah stesen radio tanah air telah menemubual Derrick melalui panggilan telefon bagi mengetahui cerita sebenarnya. Ikuti perkongsian Derrick dalam video @era.je dibawah.
Artikel berkaitan: Palestin Terima Sorakan Gemuruh Walaupun Kalah Dalam Perlawanan Piala Asia Menentang Iran
Artikel berkaitan: Tular Kisah Abang Rambut Perang Menangis Dekat Stadium, Ada Pihak Nak Bagi Motor Baru Selasa Depan?
Peminat sejati
Siapa sangka tindakan untuk menjual motosikal untuk tengok sendiri perlawanan Malaysia di pentas Piala Asia menjadi cukup bermakna. Bukan sahaja untuk dirinya, tetapi juga untuk semua peminat yang sanggup berbelanja demi melihat skuad kebangsaan beraksi.
Tak kira apa jua latar belakang, walau berlainan bangsa dan agama sekalipun, sukan menyatukan rakyat Malaysia. Tahniah untuk semua yang menyokong pasukan negara kita baik di Qatar dan juga di Malaysia.
Itulah min geram juga. Muka nampak gangster dengan rambut pacak tu. Tapi sebenarnya kelakar juga Derrick ni ye.
Betul. Tak ramai yang sanggup jual harta benda untuk tengok real game. Apa yang Derrick ini lakukan memang layak untuk diberi pujian.
Mungkin lepas ni mana-mana stesen radio atau tv boleh temu ramah makcik yang berdoa tu sekali. Nak tahu gak pengalaman makcik tu tengok bola dekat stadium. Kita yang dekat mamak dan rumah ni pun cukup nervous, entah apa lah pulak yang makcik tu rasa kan.