Tak semua berpeluang untuk melanjutkan pelajaran kerana selalunya masalah kewangan keluarga menjadi penghalang. Yuran universiti pun mahal, malah kos hidup pula semakin meningkat kan.
Seorang graduan di sebuah universiti di Thailand ini telah menyebabkan ramai terharu melihat tindakannya yang melutut dan bersujud di depan abangnya ketika majlis konvokesyen baru-baru ini.
Graduan wanita itu berbuat demikian sebagai tanda terima kasih dan penghargaan kepada abangnya yang telah sanggup berhenti sekolah untuk memberi peluang kepada adiknya untuk melanjutkan pelajaran.
Ini kerana menurut ibu dua beradik itu, keluarga mereka merupakan orang susah dan untuk mengurangkan kos sara hidup, si abang telah berhenti sekolah.
Difahamkan, wanita yang berusia 27 tahun itu telah tamat pengajian pada tahun 2018 lagi, namun akibat COVID-19, majlis konvokesyennya telah ditangguhkan.
Tindakan wanita itu melutut dan bersujud di depan abangnya telah dikongsikan di TikTok baru-baru ini dan telah meraih perhatian ramai netizen.
@chanita132538 ขอบคุณผู้ชายคนนี้ที่เสียสละให้น้องสาวทุกอย่าง?????#บัณฑิตป้ายแดง #รับปริญญา #จบแล้ว #จบ61รับ65??? #ความหวังของหมู่บ้าน
Dapat dilihat dalam video tersebut bahawa si adik telah memakai abangnya jubah konvokesyen sebelum melutut di depannya.
Difahamkan juga, tindakannya melutut dan bersujud seumpama itu merupakan salah satu cara yang digunakan oleh orang Thailand untuk menunjukkan rasa terima kasih dan hormat yang mendalam kepada seseorang atau untuk meminta maaf.
https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=685063846357956&id=100045630403157
Tiba-tiba berair pulak mata ni. Siapa pulak yang potong bawang ni?
Sumber: Mothership.sg, Facebook Ying Chanita
Baca: “Aku derhaka ke?”- Lelaki Terkilan Lepas Dapat Tahu Ibu Jadi Pelacur Untuk Tanggung Keluarga