Umum mengetahui bahawa tiket untuk band rock terkenal, Coldplay yang bakal berlangsung November nanti telah mula dijual sejak semalam dan menyebabkan website berkenaan menjadi sesak.
Difahamkan, tiket yang mula berjual semalam adalah khusus untuk pengguna sebuah bank telah pun ‘sold out’ dalam waktu beberapa jam sahaja.
Siap bawa laptop masuk tandas?!
Pukul 12 tengah hari dapat 4 tiket standing. walaupun que dalam toilet dari pagi dapat jugak beli 🥹 pic.twitter.com/nlL7QwDg4a
— Khairulaming (@khairulaming) May 16, 2023
Melalui laman Twitter, rata-rata netizen dilihat memuat naik gambar screenshot mereka ketika sedang menunggu giliran untuk membeli tiket konsert berkenaan.
Antara yang dilihat ‘berperang’ untuk mendapatkan tiket tersebut adalah influencer dan usahawan terkenal, Khairul Aming turut memaklumkan bahawa dirinya telah berjaya mendapatkan beberapa tiket untuk konsert berkenaan.
“Pukul 12 tengah hari dapat 4 tiket standing walaupun que dalam toilet dari pagi dapat jugak beli,” tulisnya.
Apa yang menjadi perhatian netizen adalah ciapan dan gambar yang dimuat naik oleh Khairul Aming itu menunjukkan sebuah laptop yang dibawa sekali ke dalam tandas semata-mata untuk menunggu tiket konsert terbabit.
“Baru dia rasa macam mana kami semua beli Sambal Nyet dia..” – Netizen
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen menyamakan situasi yang dihadapi oleh influencer terbabit dengan situasi mereka ketika membeli produk Sambal Nyet buatannya yang dikatakan selalu kehabisan stok.
Korang yang que untuk tiket semalam tu okay ke? Bawa laptop masuk toilet juga tak?
Baca : Pertama Kali Masak Rendang Ikut Resipi Khairul Aming, Tak Sangka Mak Mentua Puji!