Kemelut masalah rumah tangga mentor pelaburan saham, Dato’ Dr Nazri Khan (DDNK) dan isterinya, Hasmawatie tiba-tiba menjadi sebutan kembali apabila baru-baru ini, bekas isterinya meluahkan rasa sedih ketika menyambut hari lahir ke 43 tahun.
Menerusi perkongsiannya di Facebook, Hasmawatie berkata dia telah dijangkiti Covid-19 pada hari lahir dan lebih menyedihkan dia menerima satu berita kurang menyenangkan mengenai kenderaan miliknya.
DDNK nak ambil semua kereta bekas isteri?
Bekas isteri DDNK ini mendedahkan bahawa dia sebelum ini dalam proses menjual dua buah kereta atas namanya dan bekas suami juga katanya bersetuju untuk menggantikan kereta yang baru.
Namun keputusan itu berubah selepas DDNK katanya mahu mengambil kesemua kereta tersebut sehingga Hasmawatie tidak mempunyai sebarang kereta untuk digunakan.
https://www.facebook.com/watch/?v=670905528151313&extid=CL-UNK-UNK-UNK-IOS_GK0T-GK1C&mibextid=2Rb1fB&ref=sharing
Posting tersebut juga mendedahkan perbualan yang didakwa DDNK bersama ejen kereta yang mana ejen tersebut juga ada bertanya mengenai bagaimana anak pasangan tersebut, Haykal untuk ke sekolah jika bekas isteri pakar saham itu tidak mempunyai sebarang kereta.
Lebih sanggup untuk bagi Haykal pergi sekolah pakai grab car atau kereta sewa. Dan paling memedihkan kalau Haykal tahu.. Bila sales agent tanya bab Haykal ke sekolah.
“It’s not your business ye. Saya rasa betul sangat dah bab tu agent tanya sebab anak nak ke sekolah pakai kereta apa kan kalau dia nak kereta saya. Dia sedar tak saya hantar anak saya ke sekolah 4 kali ulang alik dari Jitra ke Sg Petani dan setiap kali pergi 1 trip 1 jam,” tulisnya.
Hasmawatie ternyata terkilan dengan situasi tersebut dan tidak akan menghalalkan apa-apapun selagi isu itu tidak diselesaikan dengan baik.
Apa-apapun posting bekas isteri DDNK ini telah mendapat sokongan daripada netizen yang mana rata-rata mendoakan supaya dia kuat menghadapi dugaan ini.
Harap semuanya yang baik-baik saja untuk mereka ini ya. Tabahlah!
Baca: Lesen DDNK Digantung Suruhanjaya Sekuriti, Ada Yang Kata Sebab Bekas Isteri ‘Report’?