in

“Sangat keterlaluan” – Jiggy Masin Berang Netizen ‘Edit’ Gambar Dhabitah, Akan Keluarkan Saman

syaz ft 2024 08 15T160637.663

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nur Dhabitah Sabri merupakan atlet terjun yang dikenali di Malaysia, beliau juga mewakili Malaysia dalam Olimpik Paris bagi acara 3m papan anjal dan berjaya melayakkan diri ke final.

Atlet berusia 25 tahun itu merupakan isteri kepada pelawak dan pengacara terkenal Jiggy Masin, mereka berkahwin pada April 2023.


Artikel berkaitan: Atlet Terjun Negara, Dhabitah Sabri Selamat Diijabkabul Dengan Pelawak Jiggy Masin

Artikel berkaitan: 4 Negara Yang Hadapi Krisis Kewangan Besar Lepas Anjur Olimpik

2049134

Terbaru, Jiggy menerusi media sosial miliknya meluahkan kemarahan terhadap tindakan individu yang sanggup menyunting dan memuatnaik foto tidak senonoh Nur Dhabitah sehingga menarik perhatian ramai.

Jiggy atau nama sebenarnya Mohammad Aizat bin Ahmad Nazri itu juga berkata dia akan mengeluarkan saman kepada netizen yang melakukan tindakan tidak bermoral itu.

“Berdasarkan kenyataan pengawai penyiasat dan peguam, surat saman sudah dikeluarkan kepada individu terbabit. Saya tetap akan teruskan tindakan ini (saman) kerana apa yang dia lakukan sangat keterlaluan.

Sanggup menyunting dan memuatnaik gambar tidak senonoh isteri saya, sedangkan Nur Dhabitah ketika itu berusaha dan berjuang untuk negara. Ada dua keping gambar sampai ke tangan saya sejak Nur Dhabitah layak mara ke separuh akhir,” katanya.

Menurutnya, dia masih boleh menerima dan bersabar lagi sekiranya netizen menulis komen-komen kecaman, namun apabila sampai ke tahap menyunting foto, ia sudah menghina dan mengaibkan isterinya.

Sumber: Harian Metro

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.