Pejam celik, pejam celik rupanya hari ini sudah 22 tahun berlalu Malaysia telah menganjurkan Sukan Komanwel ke-16 di Kuala Lumpur pada tahun 1998.
Pada hari ini, tahun 1998, Sukan Komanwel ke-16 di Kuala Lumpur bermula dalam satu acara pembukaan gilang gemilang. pic.twitter.com/ZIqqzicmus
— El #PalestineWillBeFree 🇲🇾 🇵🇸 (@ErenaTakeuchi) September 10, 2020
Bagi yang tak tahu, Malaysia telah berjaya menjadi wakil negara Komanwel pertama dari Asia Tenggara yang memenangi undian sebagai tuan rumah dengan Kuala Lumpur sebagai bandar bagi temasya ini. Kuala Lumpur juga telah mengatasi bandar seperti Adelaide, Australia dengan undian 40 berbalas 11. Wah!
Berikut momen menarik sepanjang berlangsungnya Sukan Komanwel pada tahun 1998 lalu yang anak muda sekarang wajar ketahui!
1. Upacara pembukaan temasya yang meriah!
Sukan Komanwel 1998 yang diadakan daripada 11 hingga 21 September ini bukan calang-calang temasya kerana ia satu acara yang besar dan melibatkan banyak negara.
Untuk upacara pembukaan majlis, Stadium Nasional Bukit Jalil telah digunakan dan ia juga telah direnovasi beberapa bulan sebelum acara ini berlangsung.
Kalau korang yang hidup di zaman ni masih ingat, upacara pembukaan ini telah melibatkan ratusan ahli kontinjen perbarisan, penari kebudayaan yang melakukan formasi-formasi menarik dan persembahan yang mengujakan daripada penyanyi-penyanyi kebanggaan negara.
Antaranya pastilah Dato’ Seri Siti Nurhaliza yang memang tengah up masa tu dan pasangan duetnya, Noraniza Idris. Fuh mesti gempak kan masa ni!
Masih ingat lagi Datuk nyanyi lagu ni. Rindunya! 😍https://t.co/pGNW9RY52q
— El #PalestineWillBeFree 🇲🇾 🇵🇸 (@ErenaTakeuchi) September 11, 2020
2. Wira dan logo Bunga Raya
Siapa yang dapat lupa maskot orang utan bernama Wira yang dipilih sebagai maskot rasmi Sukan Komanwel ke-16 ni kan?
Menurut sumber, orang utan dipilih sebagai maskot bagi Sukan Komanwel kali ini ialah kerana negara kita merupakan habitat semulajadi bagi haiwan tersebut, yang mana ia adalah sesuatu yang boleh dibanggakan semua.
Manakala bentuk bunga raya dengan singkatan ‘CG ’98’ yang digunakan sebagai logo rasmi Sukan Komanwel ini juga dikatakan antara logo yang paling kreatif dan paling diingati kita semua kan!
3. Standing In The Eyes of The World
Salah satu highlight terbesar bagi Sukan Komanwel 1998 ialah lagu tema bagi acara ini iaitu ‘Standing In The Eyes of The World’ nyanyian Ratu Rock, Ella.
Lagu ini boleh dikatakan lagu berhantu jugalah sebab sampai sekarang masih tak lapuk dek hujan, tak lekang dek zaman! Malah lagu ini juga tak keterlaluan untuk admin katakan bahawa ia ada aura tersendiri yang boleh buat kita bersemangat dalam melakukan sesuatu untuk negara.
4. Malaysia dapat tempat ke-4 di Sukan Komanwel
Macam tak percaya kan? Tapi itulah hakikatnya. Pada Sukan Komanwel 1998, Malaysia telah menduduki tempat ke-4 selepas Australia, England dan Kanada.
Malaysia mengumpul 36 pingat iaitu 10 emas, 14 perak dan 12 gangsa. Not bad huh!
5. Badminton, bowling dan gimnastik ungguli Sukan Komanwel 1998
Nama-nama seperti pemain badminton, Wong Chun Hann dan pemain bowling, Shalin Zulkifli adalah antara nama yang kita kenali sebagai legend dalam bidang sukan.
Kalau korang nak tahu, nama mereka ini mula menyinar semasa Sukan Komanwel 1998 dan menjadi antara sebab utama Malaysia dapat top 5 bagi temasya ni tau.
Malah kenangan yang paling manis pada ketika itu ialah apabila quartet gimnastik berirama Malaysia buat kejutan dengan merangkul pingat emas.
Pada ketika itu, Tun M PM pada masa tu yang sempat hadir untuk memberi semangat kepada pemain kita pun seronok tak terkata bila dapat tahu ahli gimnastik kita mendapat pingat emas bagi acara tersebut.
So macam mana? Throwback sungguh kan! Kongsi dengan kita orang momen Sukan Komanwel ’98 yang paling korang rindu!
Baca: Throwback: 10 Filem Senario Buat Kita Tak Kering Gusi Dulu-dulu