in

“Sampai nak keluar bilik takut” – Bainun Didakwa Dera Bella Setiap Hari Selama 4 Bulan

siti bainun dera bella setiap hari

Rasa sedih, marah dan tidak puas hati pastinya menyelubungi hati netizen di luar sana apabila mengikuti perbicaraan kes pengabaian dan penderaan terhadap remaja OKU bernama Bella yang sedang hangat diperkatakan ini.

Terbaru menurut Berita Harian, Mahkamah Sesyen semalam diberitahu bahawa pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Abd Razali didakwa telah mendera remaja yang mengalami sindrom down itu setiap hari selama 4 bulan. Allahu! 

 

“Saya dan Aida turut diarahkan oleh Siti Bainun untuk memukul Bella” 

Menerusi keterangan saksi, Yasmin Nahar Mahmood, 18, penghuni Rumah Bonda, kejadian itu katanya berlaku pada setiap malam sejak Mac 2021 hingga 24 Jun 2021.

“Saya dan Aida (penghuni rumah itu) turut diarahkan oleh Siti Bainun untuk memukul Bella,” katanya ketika pemeriksaan balas oleh peguam Farhan yang mewakili Siti Bainun.

bhbella13 1649853588

Menurut Yasmin lagi, pada mulanya Bella merupakan seorang periang dan suka bercakap tetapi sikapnya berubah bila ternampak Siti Bainun.

“Bella takut sangat dengan Siti Bainun, sampaikan hendak keluar bilik pun dia takut-takut. Kena tengok kiri kanan,” kata Yasmin.

Saksi kelima itu juga tidak bersetuju dengan cadangan Farhan bahawa dia senasib dengan Bella.

Bila disoal peguam mengapa saksi tidak keluar dari Rumah Bonda, Yasmin menjawab: “Sebab Siti Bainun tidak bagi.”

Bainun dera penghuni lain selain Bella 

Yasmin juga memberitahu yang selain Bella, Siti Bainun juga telah mendera penghuni lain yang dikenali sebagai ‘Kakak Hidayah’.

Saksi mendedahkan hal tersebut selepas tak bersetuju dengan cadangan Farhan yang tiada kejadian seumpama Bella yang terjadi pada penghuni Rumah Bonda yang lain mahupun anak angkat kepada pengasas tersebut.

Bella 2 e1626086522574

Bila disoal apa yang dilakukan Siti Bainun terhadap Kakak Hidayah, saksi menjawab,

“Bila Kakak Hidayah tidak mendengar arahan Siti Bainun, Siti Bainun tidak membenarkan Kakak Hidayah memegang, melihat dan menyusukan anaknya.”

Yasmin juga tidak bersetuju dengan cadangan peguam bahawa beliau inginkan layanan seperti puteri apabila tinggal di Rumah Bonda.

Menurut Yasmin, beliau juga perlu menjaga dan mengemas rumah kebajikan itu selain ditugaskan untuk mengemas tempat tidur dan mengurut Siti Bainun serta menyusun baju-baju pengasas rumah kebajikan itu.

Namun bila ditanya jika saksi menyayangi Siti Bainun, Yasmin menjawab, “Sayang”, cuma perasaan itu katanya semakin berkurangan.

Terdahulu, Siti Bainun, 30, telah mengaku tidak bersalah atas 2 pertuduhan iaitu mengabai dan menganiaya remaja perempuan tersebut sehingga menyebabkan mangsa alami kecederaan fizikal serta emosi.

Screenshot 2021 07 13 at 10.12.58 AM 1024x687 1

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kondominium dekat Wangsa Maju, antara Februari dan Jun 2021.

Pertuduhan itu mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. Perbicaraan akan bersambung lagi hari ini.

Semoga kebenaran terbongkar dan adik Bella mendapat keadilan yang sewajarnya. 

Baca: “Permintaan keluarga kandung” – Kes Adik Bella Belum Selesai, Siti Bainun Mohon Dapat Balik Hak Jagaan 5 Anak Angkat Lain

Screenshot 2022 04 14 093905

Sumber: BH
Sumber: TRP