Seperti kebiasaannya, kalau kita lihat video masakan tak kiralah kat mana-mana platform media sosial pun, pastinya video masakan tersebut akan membuat air liur kita meleleh dan tak sabar-sabar nak mencuba resepinya.
Tapi video masakan yang kini viral di TikTok yang dimuatnaik @kumpenghan ini membuatkan ramai stress termasuklah influencer terkenal, Khairul Aming.
Guna straw Coffee Bean buat carbonara
Menerusi video berdurasi 1.57 minit itu, pemilik video memaparkan cara-cara memasak ‘Coffee Bean straw with McD Ice Cream Carbonara’.
Pada awal video, dia dilihat mengambil beberapa batang edible straw dan kemudian memesan dua kon ice cream.
Setelah pulang ke rumah, pemilik video ini dilihat memasak kuah carbonara terlebih dahulu dengan mencampurkan ice cream sebagai ‘bahan utama’.
Dia kemudian merebus straw tadi yang seterusnya berubah menjadi tekstur lembik seperti pasta. Bagi yang tak tahu, kebanyakan straw di kedai minuman seperti Coffee Bean ini menggunakan straw yang korang boleh makan.
Nah korang tengoklah hasilnya sendiri kat bawah ni…
@kumpenghan They say the straw is turtle friendly. What could go wrong? #coffeebean #straw #Mcd #carbonara #recipe
♬ Comical and a little silly carefree music(831995) – Etsuo Kawasaki
“Aku murung” – Khairul Aming
Video itu telah mendapat pelbagai komen daripada netizen dan salah satu komen dengan lebih 3000 likes ialah daripada Khairul Aming yang mengatakan dia murung melihat video tersebut.
ternampak video ni kat tiktok petang tadi. stress aku dia rebus straw coffee bean jadi pasta ? https://t.co/VupunT4UGx
— Khairulaming (@khairulaming) November 15, 2021
Ramai netizen lain juga berpendapat carbonara tersebut kemungkinan besar ‘tidak sedap’ dan menganggap video ini dibuat semata-mata untuk content saja. Tak lalu lah min nak makan carbonara macam ni…
Pasta kat supermarket harga kurang RM5 je bang. Risau pulak tengok resepi pelik-pelik gini kan? Harap tak jadi trend.