Melihatkan telatah comel Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah semasa sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos lepas, rata-rata rakyat Malaysia memang jatuh hati dan suka benar dengan gaya bersahaja tuanku.
Pun begitu, admin tak sangka pulak ada manusia yang ‘busuk hati’ mengecam tindakan Tunku Azizah yang dilihat kerap merakam gambar dan video semasa sambutan kemerdekaan tersebut.
“You behave like a small child taking photos with your hp during merdeka”
Menerusi tweet yang telah dipadam netizen tersebut, dia menyifatkan telatah Tunku Azizah sebagai keanak-anakan kerana sering mengambil gambar ketika sambutan kemerdekaan tersebut berlangsung.
Netizen terbabit juga berpendapat, sepatutnya sebagai seorang Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah patut duduk dan menikmati majlis tersebut dengan tenang. Pulakkk…
“Agong yang suruh saya ambil gambar. Saya hanya menurut perintah agong”
Tweet tersebut kemudian mendapat maklum balas daripada Raja Permaisuri Agong sendiri di Twitternya yang memberitahu tindakan baginda hanyalah kerana mengikut arahan daripada Yang di-Pertuan Agong.
Tuanku sendiri yang mahu Tunku Azizah mengambil gambar-gambar tersebut. Haa ni mesti tak sangka kan yang tuanku akan reply tweet tu!
https://twitter.com/cheminahsayang/status/1168689187786067969
“It’s okay Tuanku, ignore, spread positive and joy. We rakyat jelata, pray for you Tuanku”
Walau bagaimanapun, rakyat jelata nampaknya begitu positif dengan segala tindakan tuanku dan rata-rata semua netizen suka dengan keletah Tunku Azizah yang chill dan relaks sangat.
Jangan ambil di hati sangatlah dengan kata-kata seorang netizen tu tuanku… You’re still the best!
Bagi rakyat jelata sekalian, tuanku buatlah apa yang tuanku rasa senang di hati. Yang paling penting, semua orang suka dengan keletah tuanku berdua tau! Abaikan kata-kata orang kat luar sana tu.