Terbaru, nama pengasas kosmetik Dato’ Seri Vida sekali lagi menjadi tumpuan netizen berikutan dengan isu bendera putih yang dijalankan oleh netizen bagi membela nasib mereka yang terkesan akibat pandemik ini.
Ia susulan dengan banyak isu orang bunuh diri dengan bertindak terjun dari bangunan rumah akibat tekanan perasaan.
Sampai bila orang akan bantu you? Sampai bila? End up, you kena berusaha juga untuk mengubah nasib you sendiri
Berbalik kepada isu Dato’ Seri Vida, kecaman itu dibuat beberapa hari lepas ketika dia dikatakan ingin membeli makanan di satu warung yang dikendalikan oleh seorang pemuda, video itu dibuat demi memberikan respon daripada seorang netizen yang ingin meminta bantuan daripadanya.
Katanya, seseorang itu perlu berusaha seperti pemuda tersebut dan dipenghujung video itu DSV ada petik ayat yang menjadi trending sekarang ini.
Jangan jadi pemalas sangat, jangan harapkan bendera putih je.”
@datoserividaofficial Reply to @azierarizqin TIPS2. ATAS DIRI SENDIRI..NAK MAJU KENA ADA USAHA..#fyp #viral #pkp #malaysia #datoserivida
♬ original sound – QU PUTEH BARULAH PUT – QU PUTEH BARULAH PUTEH
Kenyataan dan tindakannya itu telah mengundang kritikan dan kecaman netizen di pelbagai platform media sosial, susulan itu, DSV memberikan keterangannya bahawa ia bukanlah niatnya mahu mempersendakan orang ramai mahupun isu bendera putih menerusi post terbaru di TikTok
Kenyataan itu dibuat apabila ada orang memberikan komen dengan memberikan kenyataan dan teguran sebegitu. Apa yang dia cuba maksudkan adalah usaha untuk mendapatkan sesuatu dan untuk mengubah nasib seseorang itu, dia juga menjelaskan niat asal berkata demikian dan kenyataannya itu telah disalah tafsir.
Tapi kalau angkat bendera putih sekali pun, sampai bila you nak bertahan angkat bendera putih dan sampai bila orang akan bantu you? Sampai bila? End up, you kena berusaha juga untuk mengubah nasib you sendiri, tak ada orang boleh mengubah nasib you, melainkan you yang berindak segera, you kena start, don’t get stuck. Faham?”
@datoserividaofficial Reply to @ikhmaldasman4 FIKIR FIKIRKAN LA…BILA NIAT BAIK DITERBALIKKAN.. #fyp #datoserivida #viral #bantuan #covidー19 #malaysia
♬ original sound – QU PUTEH BARULAH PUT – QU PUTEH BARULAH PUTEH
Sokong isu bendera putih
Dalam pada itu, menerusi laman Instagram miliknya, DSV menjelaskan bahawa dia sendiri sokong dengan bendera putih, tapi seseorang itu perlu memainkan peranan untuk memulakan ‘langkah’ kerana dirinya sendiri bermula dari bawah.
Kenyataan itu dibuat dalam satu video IGTV berdurasi 42 minit ini. Boleh tonton disini
Tambahnya lagi, niatnya itu bukan memperlekehkan tetapi adalah untuk memberi suntikan semangat kepada orang ramai.