Malang tidak berbau. Itulah yang boleh digambarkan dengan apa yang berlaku kepada lelaki ini. Cincin yang dipakai tak boleh dikeluarkan dan terlekat dijari. Perlu membuat pilihan samada memotong jari atau cincin, lelaki ini terpaksa panggil bomba untuk selesaikan masalah yang dia hadapi.
Menerusi Twitter @mhdamerr, gambar rakannya yang tersepit cincin di jari itu mendapat perhatian netizen. Mana tidaknya, pasukan penyelamat bomba terpaksa menghantar dua unit untuk membantu selamatkan jari rakannya itu.
Dah try macam-macam
Menurutnya lagi, pelbagai cara sudah dibuat untuk mengeluarkan cincin tersebut. Tapi semuanya menemui jalan buntu. Tapi tak sangka pula sampai dua unit bomba datang.
Mungkin itu SOP bomba untuk selamatkan mangsa. Tapi memang tabik lah abang bomba. Terbaik bossku!
Ya Allah. Tengok pun nampak seram. Dengan gergaji letrik tu lagi.
Ramainya abam bomba yang datang. Mesti rasa serba salah brader tu kan.
Macam-macam cara dah buat. Tapi masih gagal. Lebih baik serahkan pada yang pakar.
Oh, nasib baik letak something. Kalau dibiarkan macam tu je, mau berdarah weh.
Akhirnya bebas!
sedih hidup member aku ni hahahah pic.twitter.com/t2fIJo4gCi
— ???? (@mhdamerr) April 11, 2019
Ini video macam mana bomba berjaya membebaskan cincin tu dari jari mamat ni. Pergh bunyi dia seram gak dengar, kalau kena tangan tu.
Inilah cincin yang berjaya dipotong oleh abam-abam bomba. Terima kasih abam bomba!
Haa.. untuk korang yang pakai cincin atau sebarang aksesori tu, beringat sama ye. Kalau dah tahu jari tu gemuk, jangan dimasuk pulak cincin kecik. Kan dan tersangkut. Kena panggil bomba. Apa-apa pun tahniah kepada abam bomba yang berjaya menjalankan tugas dengan jayanya. Kepada mangsa, hati-hati ye lepas ni.
Baca: Syarikat NGO Ini Nak Saman Jabatan Bomba Pasal Kematian 6 Anggota, Ini Alasannya