Sekejap berubah, sekejap jadi balik perempuan. Admin sejujurnya pening dengan apa yang berlaku kepada usahawan kosmetik, Safiey Illias. Pun begitu, sejak akhir-akhir ni Safiey dilihat kembali cenderung ingin berubah ke pangkal jalan.
Menerusi perkongsiannya di Instagram, Safiey telah memuat naik gambar yang menunjukkan dia menunaikan solat dengan memakai jubah dan songkok.
https://www.instagram.com/p/By7kUWlHrh5/
Posting ini khas dimuat naik buat makcik bawang yang sering bertanya betul ke dia pakai telekung semasa bersolat. Ish, ish.. mana ada Apit pakai telekung!
“Terdesak abis ni… solat pun nak ditunjuk bisnes sendu lagi ye dik?”
Walau bagaimanapun, perubahan Safiey kali ini tak mendapat sambutan seperti dulu dan ramai di antara netizen nampaknya mengecam dia kembali.
Kebanyakannya menganggap Safiey hanya ‘main wayang’ untuk menaikkan semula sales company dia. Aik biar betul korang ni?

“Kesian tengok manusia yang fikiran cetek, bila orang berubah kata macam-macam”
Macam manapun, mujurlah masih ada netizen yang letakkan sekelumit harapan buat Safiey dan berharap KALI INI dia betul-betul nak berubah. Yelah kalau orang nak buat kebaikan kita sokong, bukan kutuk dia macam-macam kan?

Safiey mula potong rambut dan pakai baju lelaki
Kalau korang ‘usyar’ Instagram penyanyi lagu Syinta Gila ni, korang boleh tengok yang Safiey dah slow-slow buat perubahan semula dengan up gambar dia masa berubah kali pertama dulu. Dia pun dah potong rambut dan juga pakai pakaian lelaki.
https://www.instagram.com/p/ByrrYo8nmgz/
https://www.instagram.com/p/BywVQQ2n-4F/
https://www.instagram.com/p/By60V_cnA7r/
Apa-apapun min doakan semoga Safiey terus kuat dan jangan putus harapan untuk berubah. Cuma kali ini betul-betullah. Jangan buat sekerat jalan dan gunakan benda ni untuk marketing produk pulak. Sedih bila jadi macam tu!
Baca: “Lain kali jangan tanya!” – Safiey Illias Mengamuk Lepas Kena ‘Sound’ Isu Pecah Dara