in

“Salah & merepek” – Konsultan Pemasaran Didakwa Bagi Info Tak Betul Pasal Coca-cola Dalam Seminar

Ft Najib Asaddok Dikecam Bagi Info Salah Pasal Coca Cola

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, satu keratan video daripada jurulatih pemasaran dalam talian terkemuka, Najib Asaddok tular kerana ia telah mendapat perhatian netizen dengan perkongsiannya.

Dalam video yang berdurasi 37 saat itu, dilihat Najib sedang memberikan satu ceramah mengenai kisah perniagaan jenama minuman terkemuka Coca-Cola dan ia mengundang kritikan orang ramai.


 

Coca-Cola bayar konsultan harga 100 ribu

Najib menerangkan bahawa syarikat itu telah membayar konsultan sebanyak 100 ribu untuk mendapatkan idea dijual dalam botol dan hasilnya bisnes mereka ‘meletop.’

“Kenapa Coca-Cola jadi? Apa yang menyebabkan meletup jadi sale dia billion sekarang? Bila dia bayar seorang konsultan, advice saya macam mana nak buat air Coca-Cola ni?

“Konsultan tu caj dia zaman tu eh 190..berapa tahun dia, kan dia masa tu dia bayar 100 ribu mahal tak? Haa zaman tu 100 ribu berjuta tau, dia bayar konsultan. Konsultan tulah yang advice, supaya dia botolkan Coca-Cola tu, botolkan dengan masukkan dalam tin, yang unik tentang Coca-Cola botol, yang tu je dia bayar 100 ribu, meletup tak bisnes dia?”

 

“Salah, merepek, lack of knowledge.”

Dengan penjelasannya ini, ia membuatkan individu yang dikenali sebagai Taufiq Salleh terpanggil untuk membidas kenyataan yang dibuat oleh Najib Asaddok ini.

Dia menepis dakwaan Najib yang mengatakan jenama terkemuka itu membayar konsultan dengan harga yang mahal untuk menaikkan produk mereka pada zaman itu.

“Bila masa Coca-Cola bayar consultant mahal-mahal untuk naikkan product mereka pada zaman tu? Minta nasihat consultant nak buat Coca-Cola? Give fact data and who are the person? Dia ni belajar pasal brand Coca-Cola tak?”

Beliau juga menggesa agar tidak mengajar orang lain dengan sesuatu info yang tidak benar. Malah, lelaki ini turut lampirkan rujukan mengenai kisah perjalanan Coca-Cola.

Screenshot 2022 06 14 164359

Kenyataan ini telah meraih lebih daripada 1.2K jumlah perkongsian dan rata-rata netizen bersependapat dengan Taufiq ini.

Screenshot 2022 06 14 164949 Screenshot 2022 06 14 165004 Screenshot 2022 06 14 165030 Screenshot 2022 06 14 165046 Screenshot 2022 06 14 165107

Sementara itu, netizen di Twitter juga turut mempunyai pandangan yang sama bahawa penceritaannya ini meleset daripada kisah sebenar kerana ia juga tular di platfom media sosial tersebut.

Screenshot 2022 06 14 165522

Screenshot 2022 06 14 165504

Screenshot 2022 06 14 165338

Screenshot 2022 06 14 165338

Screenshot 2022 06 14 165418

Screenshot 2022 06 14 165418

Screenshot 2022 06 14 165431

Mungkin ada info lain yang dia katakan sebab apa yang kita nampak ni cuma keratan je kan? Manalah tahu ada maklumat lain betul yang dia beritahu disebalik video ni kan?

Baca : Najib Assadok Dikecam Gara-Gara ‘Palatao’ Kongsi Fakta Salah Pasal Pacat?

Najib Assadok Viral Kena Gigit Pacat

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.