Peguam mewakili keluarga Allahyarham Zara Qairina Mahathir aitu Hamid Ismail memohon agar mana-mana saksi yang masih belum tampil untuk mara ke depan untuk membantu kes siasatab kes tersebut yang masih berjalan.
Hamid smail berkata, setakat ini masih ada yang mahu berjumpa dengan pihaknya tapi beliau perlu tapis.
Artikel berkaitan : Identiti 5 Remaja Bakal Didakwa Kes Buli Zara Qairina Tidak Boleh Didedahkan – SUHAKAM
Artikel berkaitan : Peguam Ibu Zara Qairina Rayu Pendakwaan 5 Remaja Esok Ditangguh, Tuntut Pertuduhan Lebih Berat
“Mohon saksi yang masih ada, tolong keluar, itulah permintaan khas kami. Setakat ini ada yang masih mahu berjumpa dengan kami. Saya, secara peribadi, sudah dapat maklumat, tapi itu saya kena tapis. Setakat ini, ada beberapa (saksi).”
Dalam pada itu, Hamid berkata bahawa pasukannya ketika ini sedang menunggu tarikh pendengaran permohonan pihaknya untuk menjadi ‘interested party’ dalam prosiding inkues yang akan diadakan bermula 3 September depan dan memaklumkan kepada ibu arwah Zara berkenaan dengan perkebangan prosiding kes ini.
5 remaja nafi guna perkaraan cela, dibenar ikat jamin RM 5,000
Dalam pada itu, 5 remaja yang dihadapkan di Mahkamah Kanak-Kanak, Kota Kinabalu itu hari ini mengaku tidak bersalah atas dakwaan menggunakan perkataan mencera terhadap arwah Zara.
Pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 507C (1) Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 akta yang sama.
Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Mohamad ketika ditemui pemberita di luar mahkamah berkata, semua mereka semua dibenar ikat jamin RM5,000 serta seorang penjamin dengan RM1,000 sebagai deposit.
“Tidak ada pengakuan salah, 25 September ini tarikh sebutan semula. Setiap tertuduh dikenakan jaminan RM5,000 dengan RM1,000 deposit dan seorang penjamin,” katanya.
Mengikut pertuduhan, semua 5 remaja itu mencapai niat bersama dengan menggunakan perkataan mencela terhadap arwah Zara Qairina di sebuah sekolah di Papar pada jam 10 hingga 11 malam, 15 Julai 2025.
Katanya lagi. hanya perkara tersebut boleh didedahkan, manakala perkara lain yang berkaitan dengan prosiding tidak boleh didedahkan atas perintah mahkamah.
Sumber : Harian Metro 1, Harian Metro 2