in

“Saksi paling comel dalam sejarah” – Kucing Dibawa Ke Mahkamah Sebagai Saksi Kes Warga Emas Memukulnya Sehingga Lumpuh

dont fck with cats

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kehadiran seekor kucing yang diberi nama ‘Baby’ di mahkamah Pulau Pinang semalam telah menarik perhatian ramai kerana ia dipanggil sebagai saksi dalam satu kes.

Menurut Kosmo, kes ini melibatkan seorang pesara guru yang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan mencederakan seekor kucing betina menggunakan sebatang besi pada November tahun lalu. 


160001237 3701516369902608 2003098512537926075 n

Tertuduh, Cosmos Chong Say Hun, 79, didakwa secara tak munasabah membaling sebatang besi tajam sepanjang 3.5 kaki hingga menyebabkan penderitaan yang tak sepatutnya kepada seekor kucing betina tempatan yang berwarna tompok hitam putih.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di halaman rumahnya bernombor 16, Lengkok Tembaga, Island Park kira-kira pukul 6.40 petang pada 15 November 2020.

cosmos 1 e1616041826422

Cosmos dituduh melakukan kesalahan tersebut mengikut Subseksyen 29(1)(a) Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 772) yang mana jika sabit kesalahan boleh didenda antara RM20,000 hingga RM100,000 atau penjara 3 tahun atau kedua-duanya.

Kucing bernama ‘Baby’ yang didakwa dicederakan warga emas itu telah dibawa ke mahkamah dan difahamkan kini berada dalam keadaan lumpuh.

 

“Comeynya awak sayang… sampai hati orang sanggup aniaya” 

Berita mengenai kucing tersebut telah mendapat perhatian warganet yang rata-rata bersimpati dengan nasib kucing itu dan berharap pelaku kesalahan terbabit dapat hukuman yang setimpal dengannya.

kcinnn

Tak baik aniaya kucing tu. Nasib baiklah ada orang berhati mulia nak bela nasib dia. 

Baca: “Nasib ada 9 nyawa” – Tren Tergendala 2 Jam Setengah Sebab Ada Kucing Enggan Turun Dari Bumbung

cats 18

Sumber: Facebook
Sumber: Kosmo
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.