Tular di media sosial sebuah video memaparkan seorang kanak-kanak dihempap penghadang jemaah di sebuah masjid, sekali gus mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan netizen.
Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) yang dimuat naik di Facebook itu dipercayai berlaku pada 26 Januari lalu sekitar pukul 6.22 petang. Dalam video berkenaan, penghadang yang memisahkan ruang jemaah lelaki dan wanita dilihat tumbang sebelum menghempap seorang kanak-kanak yang berada di kawasan tersebut, menyebabkan mangsa kelihatan lemah dan tidak bermaya.
Artikel berkaitan: Johor Mohon Surau Dan Masjid Di Negeri Itu Tunai Solat Sunat Istisqa’, Mohon Hujan Redakan Kebakaran
Artikel berkaitan: “T*lol!” – Rakyat Indonesia Luah Rasa Tidak Setuju, Kerajaan Mereka Sertai ‘Board of Peace’ Tajaan Trump
Two girls were playing and fooling around in a mosque in Indonesia until a barrier fell, hitting a boy playing inside. Watch how they suddenly pretended to pray, then quickly ended the act and ran away. pic.twitter.com/VTzPPfPLrL
— GPX (@GPX_Press) February 3, 2026
Susulan penularan video itu, timbul khabar angin mendakwa kanak-kanak berkenaan meninggal dunia akibat kejadian tersebut.
View on Threads
Menjawab dakwaan itu, ibu kepada kanak-kanak terbabit tampil memberikan penjelasan dan menegaskan bahawa anaknya tidak meninggal dunia, sebaliknya berada dalam keadaan selamat dan kini sudah kembali aktif seperti biasa.
Menurut wanita itu, kejadian tersebut telah diselesaikan secara baik antara keluarga yang terlibat dan tidak sepatutnya diperbesarkan apatah lagi dijadikan bahan spekulasi. Namun, apa yang paling menyentuh perasaannya adalah apabila video insiden tersebut terus disebarkan tanpa kawalan sehingga mencetuskan pelbagai komen keterlaluan.
“Sakit hati seorang ibu bila tengok anak jatuh macam itu. Bukan sebab marah video itu tular, tapi sebab tak sanggup tengok keadaan anak sendiri,” luahnya.
Tambahnya lagi, dakwaan kononnya anaknya ke masjid bersendirian juga adalah tidak benar kerana kanak-kanak itu berada di bawah jagaan datuknya ketika kejadian berlaku.
Ibu berkenaan turut meluahkan rasa sedih apabila timbul khabar angin palsu mengenai kematian anaknya, yang disifatkan sangat keterlaluan dan menyakitkan hati keluarga. Justeru, dia merayu orang ramai supaya menghentikan penyebaran video berkenaan kerana ia memberi kesan trauma kepada dirinya serta anaknya.
