Bagi mereka yang aktif di media sosial, sepanjang minggu ini pasti korang 24 jam asyik terbaca kisah pasal usahawan kosmetik, Nur Sajat je kan.
Isunya yang berpakaian wanita semasa mengerjakan umrah di Tanah Suci Mekah telah menimbulkan kontroversi besar hingga terpalit nama buruk kepada negara sendiri.
Walaupun telah menerima pelbagai kecaman, Sajat seperti seperti tak ada rasa takut masih update Instagram miliknya dengan menayang pakaian wanita yang dipakainya, meskipun sudah terbukti dia seorang lelaki.
Macam mana dia boleh rasa berani sampai macam ni??
“Kita yang bagi like, kita yang bagi view. Kita yang share”
Menjawab kepada persoalan tersebut, PU Amin dalam perkongsiannya di Facebook berkata, kitalah punca Sajat berani dan masih relaks untuk update gambarnya berpakaian wanita di Instagram.
Menurut PU Amin, begitu banyak laporan yang telah dibuat terhadapnya, tapi Sajat macam tak kisah. Malah PU Amin yang sudah menjangkakan perkara ini berlaku sejak dari tahun lepas lagi dah minta golongan netizen memboikot usahawan ni, tapi sebaliknya yang berlaku.
“Kalau dulu kita serius dan sedikit tegas. InsyaAllah ia tidak akan berlaku”
“Betul tu Ustaz, bila ustaz tegur depa kata ustaz ni penunggang agama”
Rata-rata netizen yang membaca posting ini menyokong kata-kata PU Amin dan menyesal kerana ramai di kalangan netizen lain masih tidak mahu memboikot Sajat sejak dari dulu lagi.
Malah bila PU Amin menegur, ramai pulak yang menghinanya dan melabel dia sebagai penunggang agama.
Ada betul juga cakap PU Amin ni. Apa-apapun bagi admin, harapnya Sajat sedarlah akan kesalahannya dan jangan berdolak dalih lagi tentang isu ni.