Selebriti yang sering bergaya ‘stylo’, Awal Ashaari baru-baru ini memuat naik gambar di Instagram bergaya bersama patung bermata satu.
“Eyeing up on you,” tulis pengacara dan pelakon yang berstatus bapa kepada dua orang anak itu.
Bagaimanapun, perkongsian gambar itu telah meraih perhatian ramai, rata-ratanya meninggalkan komen meluahkan rasa kurang senang dengan hantaran tersebut.
Artikel berkaitan: Kes Khianat Rosakkan Palang: Awal Ashaari & Pengadu Selesai Kes Luar Mahkamah
Artikel berkaitan: “Muhammad Sajjad umpama dajjal!” – Sajat & Adik Bergaduh Besar, Cabar Bersemuka Secara Live
View this post on Instagram
Malah, ada yang mendakwa seolah-olah menunjukkan dirinya adalah pengikut dajal.
Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang mempersoalkan tindakan Awal bergambar dengan patung tersebut dan netizen turut mengatakan bahawa Awal sengaja mahu mencetuskan provokasi.
Selain itu, segelintir netizen juga menasihati suami kepada aktres Scha Alyahya itu untuk tidak memuat naik gambar yang boleh mengundang fitnah jika tidak mahu difitnah.
Tidak kurang juga yang memuji penampilan selebriti itu namun kecewa dengan tindakannya memuat naik gambar sebegitu.
Mungkin Awal ada penjelasan tersendiri?
Sumber: Instagram