Menurut seorang ahli fizik Heinz von Foerster, tahun 2026 akan menjadi tahun yang sangat buruk untuk kemanusiaan. Di mana mengikut kiraannya, kiamat akan tiba pada hari Jumaat, 13 November 2026.
Ini kerana, apabila populasi dunia berterusan meningkat diikuti pula dengan kekurangan makanan, peningkatan perbandaran, penebangan hutan dan perubahan iklim, von Foerster menjangkakan bahawa 2026 akan menjadi tahun di mana kesemua faktor ini akan mencapai takat tindih.
Jadi pada artikel kali ini, kita akan ketahui apa yang akan berlaku menurut saintis ini ada apa yang kita boleh buat untuk menyelamatkan dunia.
Artikel berkaitan: Kiamat Iklim 2040 Dijangka Turut Melanda Malaysia, Ini Apa Korang Boleh Buat…
Artikel berkaitan: Cahaya Misteri Muncul Di Langit Lepas Gempa Bumi, Penduduk Di Mexico Takut Kiamat Datang
Ramalan Heinz von Forester
Ahli fizik Heinz von Forester yang dilahirkan pada 1911 meramalkan bahawa kita akan menyaksikan kadar populasi yang memusnahkan pada tahun 2026 menggunakan matematik untuk mengetahui apa yang berlaku ketika kiamat apabila sumber yang ada di bumi tak mampu untuk menanggung perkembangan manusia.
Menurut seorang ahli ekonomi, Thomas Roberst Malthus yang dilahirkan pada 1766, perkembangan populasi akan sentiasa mengatasi bekalan makanan. Dia mendakwa bahawa penambahbaikan manusia adalah mustahil tanpa had yang ketat terhadap pembiakan manusia.
Sejak zaman Malthus, pertanian telah menjadi semakin maju namun begitu, lebihan populasi masih menjadi kebimbangan utama.
Ramalan von Foerster adalah berdasarkan pengiraan yang sangat kompleks di mana ia menunjukkan perkembangan populasi yang berlebihan akan mencapai tahap yang tak boleh ditanggung pada tahun 2026. Menurut kajian tersebut:
Anak-anak cucu kita tak akan mati sebab kelaparan tapi mereka akan mati terhimpit. Pada hari itu, populasi akan mencapai tahap infiniti jika ia berterusan meningkat seperti dua milenium yang lalu.”
Disebabkan teori von Foerster ini, ia telah meningkatkan perbincangan orang ramai mengenai perancangan kehamilan dan pengurusan etika populasi sebagai cara untuk mengelakkan krisis populasi berlebihan.
Saintis ini juga percaya, jika tak ada sistem yang betul untuk mengagihkan kekayaan dan sumber bumi, perkembangan populasi boleh menimbulkan risiko kepada alam sekitar dan menyebabkan masalah sosio-ekonomi yang lebih teruk di seluruh dunia.
Namun begitu, pengkritik von Foerster bagaimanapun mengatakan bahawa kepintaran manusia dan kemajuan teknologi di masa hadapan boleh mengawal risiko populasi berlebihan.
Impak populasi berlebihan dan penyelesaiannya
Populasi yang berlebihan boleh menyebabkan beberapa isu alam persekitaran seperti kemusnahan habitat dan perubahan iklim.
Tak cukup dengan itu, peningkatan populasi yang cepat juga boleh menimbulkan ketegangan ekonomi dan meluaskan ketidakadilan sosial.
Jadi, untuk mengatasi masalah ini, menerima teknologi yang mampan merupakan kunci untuk mengimbangkan peningkatan populasi serta melindungi alam sekitar dengan memberikan kepentingan terhadap inovasi hijau.
Namun begitu, ramalan lampau mengenai krisis populasi ini sering dibuktikan salah sekaligus membuktikan bahawa sukar untuk seseorang itu meramal kemajuan manusia dan penggunaan sumber alam sekitar.
Malah, PBB turut mendedahkan bahawa ramalan von Foerster ini menjangkakan bahawa pada tahun 2030, populasi dunia akan mencapai sehinggan 8.5 bilion dan akan meningkat sebanyak 9.7 bilion dalam masa 25 tahun namun begitu angka populasi sekarang sangat-sangat jauh lebih rendah dari ramalan saintis tersebut.
Jadi, kemajuan dalam pertanian juga sangat penting untuk memastikan sumber bekalan boleh menampung populasi dunia yang semakin meningkat. Tak cukup dengan itu, pendidikan tentang kesihatan kesihatan reproduktif dan perancangan keluarga juga merupakan perkara yang penting untuk mengawal peningkatan populasi serta membolehkan seseorang individu untuk membuat keputusan yang bijak.
Selain itu, peningkatan dalam penggunaan tenaga boleh diperbaharui seperti menggunakan sistem solar juga boleh menampung peningkatan populasi dan mengurangkan kebergantungan kepada sumber yang terhad.
Namun apa yang pasti, kiamat akan datang, cuma kita je tak tahu bila…
Sumber: Stars Insider, Mundo Now