in

Saintis China Dakwa Dah Jumpa Penawar Untuk Varian Omicron

Fi Saintis

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, sekumpulan penyelidik dari Universiti Funan, Shanghai di China telah mendakwa bahawa mereka sedang membangunkan satu antibodi yang didakwa mampu membunuh varian Omicron.

Menurut mereka, antibodi baharu itu dihasilkan menerusi satu proses sintesis antara dua komponen sel antibodi asal daripada sel imunisasi manusia. Hal ini kerana, dikatakan kedua-dua komponen asal sel tersebut dapat meneutralkan virus Omicron apabila digabungkan.


Satu anugerah Tuhan!

Berita baik daripada para penyelidik ini dikatakan merupakan satu penemuan yang mengejutkan sehingga mereka menyifatkan ia sebagai satu ‘anugerah dari Tuhan’ yang dapat meletakkan manusia selangkah di hadapan dalam usaha menentang virus Covid-19 ini.

Menurut mereka, penyelidikan yang diketuai oleh Profesor Huang Jinghe ini telah berjaya membangunkan lapan antibodi yang disintesis dalam tempoh yang singkat.

“Ini merupakan satu kejayaan yang sangat mengejutkan kerana penghasilan antibodi itu pada mulanya bukanlah bertujuan untuk merawat virus Covid-19 dan ia dibangunkan untuk merawat penyakit berjangkit yang lain. Justeru, penemuan ini bakal memberi kelebihan kepada manusia bagi mengatasi pandemik yang masih berleluasa di seluruh dunia ini,” jelas Profesor Huang.

Tambahan pula, antibodi khas itu juga dikatakan mampu meneutralkan varian Delta yang merupakan satu mutasi Covid-19 terdahulu serta dapat menangani Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) bagi mengehadkan keupayaan virus tersebut daripada merebak.

Penemuan baharu mereka ini telah pun dibuktikan dalam satu kertas akademik yang bertajuk ‘Combating the SARS-CoV-2 Omicron variant with non-Omicron neutralizing antibodies’.

Walau bagaimanapun, penyelidikan tersebut dikatakan masih lagi memerlukan kajian lanjut serta pengesahan daripada ahli-ahli akademik yang lain.

Baca: “Gelombang Omicron bermula, kes dijangka meningkat” – Khairy Jamaluddin

Baca Saintis

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.