Terdahulu, gempar apabila berita bahawa bekas ahli kumpulan Dolla, Syasya Rizal yang dikatakan sudah mendirikan rumah tangga dengan lelaki pilihan setelah gambar perkahwinannya tular di media sosial.
Tetapi, perkhabaran itu terbukti benar setelah Pengarah Urusan Universal Music Malaysia sendiri mengesahkan Syasya sudah berkahwin. Malah, menurutnya, perkahwinan tersebut juga merupakan sebab utama Syasya mengundurkan diri daripada Dolla.
“Kita doakan semoga segala apa yang sudah dirancang Syasya akan berjalan lancar dan dipermudah. Diharap ikatan perkahwinan yang dibina berkekalan hingga ke jannah.
“Apa yang penting, semoga berita gembira ini menghentikan segala spekulasi tidak tepat yang timbul. Kami juga berharap agar semua pihak dan peminat akan terus
menyokong kerjaya seni dan karya daripada Dolla,” katanya.
Artikel berkaitan: Peminat Ucap Tahniah, Syasya Dolla Sudah Bernikah?
Artikel berkaitan: Jauh betul beza – Netizen ‘Compare’ Persembahan Dolla Di China Dengan Malaysia
Difahamkan, majlis pernikahan tersebut hanya dihadiri oleh ahli keluarga serta rakan-rakan Syasya yang terdekat sahaja.
Sebelum ini, media melaporkan, Syasya telah mengundur diri daripada kumpulan Dolla pada 8 April lalu.
Kemudian, artis wanita tersebut telah mendapat perhatian ramai setelah merubah penampilan diri dan mengenakan tudung sehingga ramai beranggapan Syasya mengundurkan diri atas sebab mahu berhijrah.