Zaman sekarang ramai di kalangan parents suka melakukan aktiviti extreme sambil bawa anak mereka sekali. Perkara tersebut sudah menjadi trend yang mana katanya mampu mendedahkan anak-anak dengan keindahan semulajadi di samping mereka lebih bijak berdikari.
Pun begitu, baru-baru ini tular satu video seorang wanita melakukan aktiviti extreme bersama anaknya yang mengundang perbincangan netizen.
Main flying fox sambil dukung anak masih kecil
Dalam video berdurasi 1 minit 12 saat itu telah menunjukkan seorang wanita sedang melakukan aktiviti flying fox sambil mendukung anaknya.
Video yang asalnya ditayangkan di TikTok ini telah tular sampai ke Twitter dan ramai yang mempersoalkan tanggungjawab kedua ibu bapa ini yang dianggap mengabaikan keselamatan anak.
Dalam pada itu, ada juga yang mempersoalkan tentang kesahihan tempat tersebut sama ada ianya mempunyai lesen kebenaran untuk beroperasi ataupun tidak.
Disebabkan itu, pengguna TikTok yang merakam kejadian ini tampil memberi respon dengan menunjukkan satu dokumen bahawa tempat tersebut telah mendapat kebenaran pihak Jabatan Daerah dan JKR.
Hurmm, walaupun anak itu pun selamat tapi seeloknya elakkanlah sebab pasti budak kecil tu rasa gerun.
Baca : Sikit Pun Tak Nangis Naik Flying Fox, Netizen Puji Keberanian Anak Aliff Syukri