Hospital Queen Elizabeth 2 (HQE 2) dengan kerjasama Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah berjaya melakukan pembedahan otak ke atas seorang pesakit yang sedar sepenuhnya pada 12 Januari lalu.
Dalam sebuah kenyataan media, Pengarah Kesihatan Sabah Datuk Dr Rose Nani Mudin berkata prosedur yang juga dikenali awake craniotomy itu adalah pertama kali dijalankan di negeri tersebut.
https://www.facebook.com/jknsabah/posts/pfbid0GbLvTNbPTpzDhxpXgnGZsNyXD4V7yhVCuXMU71xMz6xrSjUdaTjzky6RQUoyzbtvl
Beliau berkata pasukan perubatan itu terdiri daripada pakar bedah saraf HQE 2 Dr M Sofan Zenian dan Dr Hezry Abu Hasan bersama pakar bius neurosurgikal UMS Dr Yeap Boon Tat dan pakar bedah saraf kanan Hospital Sungai Buloh Dr Liew Boon Seng.
“Persediaan dan perbincangan rapat antara HQE 2, Hospital Duchess of Kent (HDOK), Sandakan dan UMS telah bermula sejak Nov 2022.
Pesakit adalah seorang wanita berusia 50 tahun yang mengalami sakit kepala sejak Okt 2022 dan disahkan menghidap ‘multiple meningioma’ di sebelah kiri otaknya,” tulisnya.
Keputusan untuk melakukan pembedahan otak menggunakan teknik tersebut bertujuan membantu pesakit menjalani kualiti hidup yang lebih baik.
Pembedahan selama enam jam itu dijalankan dengan pesakit diminta menyatakan namanya atau menyanyikan lagu pendek bagi memastikan dia kekal berjaga, kerana bius hanya diberikan dalam dos tertentu.
Sebagai info, awake craniotomy telah diperkenalkan pada awal 2000-an. Di Malaysia, ia bermula seawal 2010 di Hospital Universiti Sains Malaysia, Hospital Kuala Lumpur, Hospital Sungai Buloh dan Hospital Sultanah Aminah.
Baca: Zamani Selamat Jalani Pembedahan, Posisi Badan Dilihat Kembali Normal