in

Rusuhan Di Bangladesh Buat Pelajar M’sia Di Sana Dalam Bahaya? Ini Apa Yang Berlaku…

Collage 40

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kementerian Luar dan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka baru-baru ini telah memindahkan pelajar Malaysia yang menetap di Bangladesh ekoran berlakunya tindakan ganas pihak berkuasa terhadap rusuhan yang sedang berlaku di negara tersebut.

Namun begitu, Wisma Putra telah dikritik ramai kerana dikatakan lambat bertindak melindungi pelajar-pelajar Malaysia di sana dan hanya diselamatkan selepas perkara ini dibangkitkan dan ditularkan di media sosial.


Gs7Phpeauaaasnu

Sebelum ini, seorang aktivis Shakila Zen mengatakan bahawa pelajar Malaysia di Bangladesh memberitahu bahawa Suruhanjaya Tinggi dikatakan tidak dapat menyediakan perlindungan kepada mereka ekoran kekangan kemudahan dan kewangan. Mereka hanya disuruh untuk pulang ke tempat tinggal masing-masing.

Apa sebenarnya yang tengah berlaku di Bangladesh ni? Rusuhan apa yang sedang dibuat sampai lebih 100 nyawa telah terkorban? Kalau nak tahu, baca artikel dekat bawah ni.

Artikel berkaitan: “Saya ditipu” – Pekerja Bangladesh Kecewa, Buat ‘Loan’ RM12,000 Hanya Untuk Dihantar Bekerja Di Kedai Mamak

Artikel berkaitan: “Suatu hari nanti anak orang Bangladesh boleh jadi PM”- Kenyataan Lelaki Warga Asing Ini Buat Ramai Marah

Pertembungan di antara pelajar dan pihak berkuasa Bangladesh

D2D7A48A Bangladesh Protest Ap 190724 2

Baru-baru ini, kerajaan Bangladesh telah mengeluarkan perintah berkurung sehingga Selasa dan pihak tentera telah pun mengambil alih jalan raya selepas berlakunya rusuhan paling teruk pernah berlaku selama sedekad. Dilaporkan sehingga lebih dari 100 orang telah meninggal dunia.

ak cukup dengan itu, ribuan orang telah tercedera dan kapasiti hospital juga punah selepas rusuhan meminta supaya sistem kuota dihapuskan. Malangnya, situasi itu telah bertukar menjadi ganas apabila berlaku pertembungan di antara pelajar dan pihak berkuasa yang telah menyerang mereka dengan gas pemedih mata dan peluru getah.

Pada hari Ahad, Mahkamah Agung di sana telah mengarahkan agar sistem kuota untuk pekerjaan kerajaan dikurangkan, namun tak dapat dipastikan sama ada keputusan ini akan meredakan keadaan di sana atau pun tidak.

Kerajaan di sana telah mengeluarkan perintah berkurung dan turut memberikan amaran bahawa mereka akan menembak orang yang tidak mengikut arahan ini. Selain itu, hari Ahad dan Isnin juga telah diisytiharkan sebagai hari cuti umum bagi membolehkan orang ramai untuk kekal duduk di rumah dan hanya perkhidmatan kecemasan dibenarkan untuk terus beroperasi.

Selain itu, komunikasi di sana turut dihentikan sejak Khamis lalu termasuk menggantung penggunaan data mudah alih dan perkhidmatan mesej teks selepas kerajaan yang dipimpin oleh Sheikh Hasina ini melalui salah satu ujian paling berat sepanjang 15 tahun pemerintahannya.

Sementara itu, jalan-jalan yang penuh dengan pelajar-pelajar yang merusuh itu kini lengang dan hanya kereta kebal tentera dilihat meronda.

Kenapa rusuhan pelajar ini berlaku di Bangladesh?

669A3Ba5E0678.Image

Ribuan pelajar telah melakukan protes dan rusuhan di jalanan meminta supaya sistem kuota dihapuskan di mana 30 peratus pekerjaan kerajaan telah ditetapkan untuk saudara-mara askar veteran yang pernah berjuang dalam perang untuk mencapai kemerdekaan dengan Pakistan pada 1971.

Protes ini telah bermula akhir tahun lalu namun ketegangan mula berlaku pada Isnin lepas apabila aktivis pelajar di Universiti Dhaka telah bertembung dengan polis dan kumpulan bantahan balas.

Menurut pelajar di sana, protes ini bermula dengan aman sehinggalah awal minggu lalu apabila penyokong parti pemerintah, Awami League telah menyerang mereka. Ratusan orang termasuk pihak polis telah mengalami kecederaan sejak dari itu.

Rusuhan ini telah menyebabkan serama 22 orang telah meninggal dunia pada 18 Julai lalu di mana kebanyakan dari mereka merupakan pelajar universiti dan sekurang-kurangnya dua wartawan turut terbunuh.

Arahan Mahkamah Agung

Blockade

Ahad lalu, Mahkamah Agung telah mengarahkan agar sebanyak 93 peratus dari pekerjaan kerajaan diberikan kepada orang yang layak berdasarkan merit dan hanya lima peratus diberikan kepada veteran askar yang pernah berkhidmat dalam perang. Manakala lagi dua peratus akan diberikan kepada etnik minoriti, transgender serta orang kurang upaya.

Keputusan ini merupakan kemenangan awal untuk pelajar-pelajar di sana selepas wakil dari kedua-dua belah pihak telah berjumpa pada Jumaat lalu untuk membincangkan tentang isu ini. Menteri Undang-Undang, Anisul Huq sebelum ini mengatakan bahawa kerajaan bersedia untuk berbincang.

Sebelum ini, kerajaan pernah menggantung sistem kuota ini selepas berlaku protes pada 2018, tapi bulan lepas, Mahkamah Tinggi telah membatalkan keputusan tersebut dan mengekalkan kuota 30 peratus tersebut selepas saudara-mara veteran 1971 memfailkan petisyen mereka.

Namun begitu, setakat ini masih tak diketahui sama ada arahan terakhir dari Mahkamah Agung akan meredakan situasi di negara tersebut atau pun tidak.

Sumber: MalaysiaKini, Independent

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.