in

Rupanya Ini Sebab Kenapa Ada Kes Suami Yang Pilih Untuk B*nuh Isteri Berbanding Cerai

Collage 2

Baru-baru ini, kita semua dikejutkan dengan berita seorang lelaki telah menyerah diri di balai polis pada 20 Jun lalu selepas membunuh isterinya di bilik sebuah hotel di Jalan Pejabat Pos, Batu Gajah.

Mayat Nisya Syahkila Shaharun telah ditemui di hotel tersebut dengan kesan tikaman dan hasil siasatan awal mengatakan bahawa lelaki ini telah membunuh isterinya gara-gara tak puas hati wanita ini mahu meneruskan tuntutan fasakh.

Semalam, tertuduh, Hairil Anaas Abdullah telah didakwa dengan pertuduhan membunuh dengan menyebabkan kematian di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Hm1Bunuhs 1719818059

Untuk pengetahuan korang, kes suami bunuh isteri ni bukanlah sesuatu yang jarang berlaku. Di mana-mana negara pun ada kes seperti ini. Antaranya seperti kes yang berlaku tahun lalu apabila seorang lelaki dari Massachussets, Brian Walshe telah dituduh membunuh dan mengerat isterinya yang hilang.

Malah lelaki ini dikatakan turut membuat carian Google yang mencurigakan seperti, “cara untuk melupuskan mayat” dan “boleh ke seseorang itu didakwa dengan pembunuhan tanpa mayat.”

Menurut statistik Biro Keadilan di Amerika Syarikat, pada tahun 2021, seramai 34% wanita telah dibunuh oleh pasangan intim mereka dan hanya 6% lelaki dibunuh oleh isteri mereka pada tahun yang sama.

Jadi apa sebenarnya sebab disebalik beberapa suami yang sanggup bunuh isteri dorang ni?

Dirancang vs secara spontan

Bekas ejen FBI, Brad Garret mengatakan, terdapat dua jenis pembunuhan rumah tangga iaitu dirancang dan secara spontan.

Orang yang membunuh pasangan secara spontan berkemungkinan besar mempunyai sejarah mendera pasangan mereka. Mereka juga mungkin mempunyai masalah ketagihan alkohol atau dadah atau kuat cemburu yang akhirnya membunuh pasangan mereka dalam keadaan marah.”

Bagi pembunuh terancang pula, motif disebaliknya adalah disebabkan cemburu atau tamak. Antaranya, mereka mungkin jadi marah sekiranya isteri dorang lebih berjaya.

Pembunuhan terancang biasanya tidak dilaksanakan dengan baik kerana mereka dikaburi oleh perasaan ingin membunuh pasangan sehingga tak fikirkan benda-benda logik lain dengan betul seperti telefon bimbit boleh dikesan.

Kawalan

Menurut Pengarah Dasar Awam dan Advokasi untuk NGO Futures Without Violence, Kiersten Stewart, asas kepada keganasan rumah tangga adalah kuasa dan kawalan.

Keganasan rumah tangga juga turut termasuk penderaan emosi dan seksual.

Jika pasangan korang seorang yang suka mengawal dan gemar mengawal cara percakapan, pakaian atau ke mana boleh pergi, semua ini adalah red flag.

Ini kerana, jika seseorang suami merasakan yang dorang dah hilang kawalan seperti hilang pekerjaan atau pasangan berikan perhatian kepada orang lain, keganasan rumah tangga boleh bermula.

Malah, jika pasangan tersebut berpisah, pembunuhan tetap boleh menjadi isu kerana pendera masih rasa marah, nak balas dendam dan benci.

Personaliti

Kebanyakan pelaku pembunuhan rumah tangga mempunyai personaliti narsisistik dan anti sosial. Seperti Walshe yang dituduh mengerat isterinya, mengerat ibu kepada tiga orang anaknya adalah tindakan yang lebih daripada sekadar membunuh seseorang.

Personaliti suspek pembunuhan rumah tangga ini juga selalunya turut dikaitkan dengan cara dorang membesar dan hubungan mereka dengan wanita. Namun dari segi psikologi, sebab seseorang itu boleh membunuh masih sukar dijelaskan kerana ia mungkin berlaku disebabkan masalah mental atau penggunaan dadah.

Wanita lebih berisiko dibunuh oleh pasangan berbanding lelaki

Christopher Watts Sits In Court For His Sentencing Hearing At The Weld County Courthouse 050224 51069B4Dd749405E9Ca23766F4De3E5F

Menurut satu kajian dari Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), wanita lebih berisiko untuk menjadi mangsa bunuh atau keganasan dari pasangan mereka. Menurut statistik FBI dari tahun 2011, 82.6% wanita telah dibunuh oleh orang yang mereka kenali.

Untuk wanita yang berusia 18 tahun ke atas yang dibunuh oleh pasangan intim mereka, kebanyakan dari mereka telah dibunuh oleh pasangan pada ketika itu dan selebihnya dibunuh oleh bekas pasangan.

Seorang psikiatri forensik, Dr Park Dietz menemui empat motif biasa disebalik pembunuhan ini iaitu:

Kemarahan: Kemarahan ini dilepaskan dengan penderaan dan keganasan yang semakin meningkat. Orang seperti ini mempunyai sejarah membuat keganasan sebelum ini sehingga ia berakhir dengan tragik.

Takut ditinggalkan: Perkara seperti ini berlaku apabila seseorang itu telah diugut oleh pasangan atau pasangan cuba untuk meninggalkan mereka. Perkara ini lebih membahayakan untuk wanita yang pasangan mereka suka mengawal dan mendera. Ini kerana, orang yang membunuh kerana takut ditinggalkan ini mempunyai personaliti yang tidak stabil dan gagal mengawal emosi.

Cemburu: Orang yang membunuh disebabkan cemburu ini adalah orang yang sering melihat pasangan mereka seperti objek dan tak boleh tengok orang lain sentuh “barang” miliknya.

Kecenderungan membunuh diri: Ada juga orang yang bunuh pasangan mereka kerana mereka mahu membunuh diri. Untuk orang seperti ini, selepas mereka membunuh pasangan, mereka mungkin jadi takut untuk bunuh diri sendiri selepas itu.

Antara motif-motif lain yang jarang berlaku termasuklah membunuh untuk mendapatkan insurans, bunuh kerana kesian, mempunyai masalah mental atau mahu menggantikan isteri dengan pasangan lain supaya tak perlu membayar alimoni.

Ada juga yang bunuh pasangan mereka kerana itu satu-satunya cara untuk menang hak penjagaan anak.

Kenapa tak cerai je?

Menurut seorang profesor di dalam Jabatan Undang-Undang dan Sains Polis, Joseph Giacalone, ramai lelaki merasakan yang mereka sukar untuk menghadapi kehilangan kewangan apabila bercerai atau perlu memberikan nafkah kepada anak atau berkongsi aset.

Sumber: abc, aetv, awani