in

Rupanya Filem Mat Kilau Dah ‘Shoot’ 7 Tahun Lepas, Berhabis Sampai RM2.5 Juta Tapi Kena ‘Buat’ Balik

shuk dan uqasha berlakon mat kilau

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bakal ‘cantas’ kutipan filem Munafik 2, Mat Kilau kini telah mengaut kutipan sebanyak RM39.2 juta dalam tempoh 10 hari!

Kejayaan yang dicapai Mat Kilau ternyata membuat ramai yang memuji pengarah serta barisan pelakon dan penerbit yang berjaya membuat langkah berani dalam menghasilkan filem penuh sejarah ini.


Walau bagaimanapun, tahukah korang rupa-rupanya filem Mat Kilau ini pernah jalani penggambaran pada 7 tahun lalu dengan menggunakan pelakon yang berbeza?

“Dah habis RM2.5 juta tapi reshoot balik & diarahkan semula oleh Syamsul Yusof” 

Menerusi satu perkongsian di TikTok @thenazfamily, dipaparkan rakaman behind the scene filem Mat Kilau yang membariskan pelakon seperti Shuk Sahar dan Uqasha Senrose.

Berdasarkan video tersebut, dinyatakan bahawa sebenarnya Mat Kilau pernah jalani penggambaran pada 7 tahun lalu dan sebanyak RM2.5 juta telah dihabiskan buat penggambaran tersebut.

@thenazvibes

Apa sebab filem ni kena reshoot semula? Korang tahu tak? #matkilau #matkilau2022 #matkilauchallenge #matkilaufilem #fyp #fypシ

♬ Mentera Semerah Padi – M. Nasir

Walau bagaimanapun tidak diketahui apakah sebab filem itu di ‘reshoot’ kembali dengan pengarah dan pelakon yang baru.

Jika korang lihat dekat video itu, terdapat beberapa scene yang memaparkan pelakon membuat adegan ‘terbang’ dan bersilat.

“Nasib reshoot… ingat citer mak lampir ka nak terbang” 

Video berkenaan ternyata mengundang komen daripada netizen yang bersyukur filem itu melakukan penggambaran semula dengan pengarah yang baru.

Rata-rata juga merasakan pemilihan pelakon seperti Shuk dan Uqasha seperti kurang sesuai tambahan pula Shuk sekarang dihambat kontroversi yang melibatkan masalah peribadi.

filem mat kilau drama version

Apa-apapun tahniah kepada Syamsul kerana berjaya mengarahkan filem ini dengan baik. Lagi sikit je tu nak pecah rekod kutipan tertinggi. 

Baca: “Cukup dah untuk aku” – Beto Kusyairy Terharu, Penonton Bawa Warga Emas Tengok Filem Mat Kilau

beto terharu

Sumber: IMDB
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.