in

Rupa-Rupanya Bunga Lawang Ada Yang Beracun! Ketahui Cirinya Agar Tak Tersalah Beli

Bunga Lawang Fi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Rempah bunga lawang pastinya sangat dikenali dalam kalangan suri rumah yang sering ke dapur. Seiring dengan namanya, rempah yang berbentuk seperti bunga ini mempunyai aroma yang tersendiri.

Selain digunakan sebagai bahan yang menaikkan aroma masakan, bunga lawang juga dikatakan sering diguna dalam petua orang dulu-dulu sebagai bahan penjagaan kesihatan dalaman dan menyerikan kulit wajah.


Namun, tahukah anda terdapat jenis bunga lawang yang beracun?

Berdasarkan perkongsian daripada seorang saintis bernama Dr Suri Roowi, terdapat dua jenis bunga lawang iaitu Bunga Lawang Cina dan Bunga Lawang Jepun.

Mana satu yang beracun?

Bunga Lawang 1

Bunga Lawang Cina merupakan jenis bunga lawang yang sering digunakan dalam masakan manakala Bunga Lawang Jepun pula adalah spesis yang beracun.

Bunga Lawang Jepun sangat mirip dengan Bunga Lawang Cina tetapi ia dapat dibezakan melalui buahnya yang lebih kecil dan baunya yang kurang beraroma berbanding Bunga Lawang Cina.

Apa fungsi bunga lawang beracun ini? 

Bunga Lawang Jepun mengandungi bahan toksin yang dikenali sebagai Anisatin dan kebiasaannya, ia digunakan sebagai racun ikan dan racun perosak. Selain itu, ia juga digunakan dapat membantu mengatasi masalah sakit gigi dan sakit kulit.

Ciri Bunga Lawang Cina dan Bunga Lawang Jepun 

Bunga Lawang 2

Kedua-dua jenis bunga lawang ini sukar untuk dibezakan dengan hanya menggunakan mata kasar sehingga ia boleh menyebabkan produk Bunga Lawang Cina mungkin dicemari dengan Bunga Lawang Jepun. Satu-satunya cara untuk membezakan kedua-dua spesis tersebut ialah melalui analisis kimia atau dengan melihatnya di bawah mikroskop.

Kesan penggunaan bunga lawang yang tercemar

Menurut Dr Suri, terdapat laporan yang mengaitkan seorang bayi telah mengalami masalah serius serta hampir maut akibat diberi minum air bunga lawang. Insiden ini berlaku berkemungkinan disebabkan oleh Bunga Lawang Cina yang dicemari dengan Bunga Lawang Jepun. Jadi, elakkan memberi estrak air bunga lawang kepada bayi dan kanak-kanak.

Di samping itu, Bunga Lawang Cina sering dicampurkan dalam minuman teh untuk mengurangkan stres. Pun begitu, terdapat laporan dari Perancis, Sepanyol dan Switzerland menunjukkan individu yang meminum air bunga lawang tercemar dengan Bunga Lawang Jepun boleh menyebabkan masalah seperti halusinasi dan loya.

Baca:Yang penting cukup rempah-Ini Respon Padu Tunku Azizah Tentang Perang LaksaBaca Rempah

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.