in

“Rumah dia baru kena b*m tau” – Hazeman Huzir Terkilan Ada Banyak Komen ‘Gatal’ Masa Live Dengan Orang Palestin

Ft Haze Tegur Perempuan Gatal 1

Pempengaruh Hazeman Huzir meluahkan rasa kecewa akan sikap segelintir wanita Malaysia yang disifatkan tiada sensitiviti terhadap seorang mangsa di Palestin ketika dia mengadakan sesi live.

Ketika Haze sedang menemubual individu dari Palestin yang mendakwa rumahnya baru sahaja dibom itu, ada segelintir golongan wanita dikatakan telah meninggalkan komen memuji paras rupa individu yang dikenali sebagai Yusof itu.

Artikel Berkaitan : “Selang-seli posting” – Hazeman Kongsi 6 Tips Elak Kena ‘Shadow-ban’ Bila ‘Post’ Tentang Palestin

Artikel Berkaitan : “Lagi b*doh lagi bagus!” – [VIDEO] Hazeman Huzir Muak Dengan ‘Content’ Mengarut Di Media Sosial

Haze menyatakan dia begitu terkilan dengan sikap orang kita yang bercakap tentang isu yang tidak sensitif di saat seseorang sedang melalui detik menyedihkan dalam hidup mereka.

“Kau ingat perangai kau comel ke buat macam tu depan orang Palestine?”

Selain itu, Hazeman  juga mendakwa bukan seorang dua yang memberikan komen ‘gatal’ sebegitu tetapi ramai wanita yang berkelakuan sedemikian.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hazeman Huzir (@hazemanhuzir)

“Aku buka komen section tu untuk pandangan dan soalan bernas. Tapi yang muncul adalah komen wanita-wanita gelenyar & gar*k seolah tak pernah nampak jantan dalam hidup. TAK MALU ke seorang lelaki perlu ingatkan kaum korang untuk turunkan pandangan?”

Dalam pada itu, Haze juga memberikan teguran pedas buat golongan-golongan ini dengan mengatakan,

“Ini baru dekat live IG belum lagi dekat app TT. Aku nampak komen ‘nak jadi bidadari syurga kepada pejuang’. Siap ‘pejuang sinsing lengan’ became a trending link.”

“Pastu bila check profile rupanya MAK MAK ORANG. Maaf kata, kalau nak jadi bidadari syurga, please act like you want to actually enter heaven.”

“Dan bukan tinggalkan komen seperti wanita tidak beragama tanpa pedoman. Buat wanita yang otaknya masih waras, mohon sangat ingatkan your sisters to act with grace and modesty.”

Jelas Haze lagi, sesi live tersebut diteruskan dengan penuh rasa malu disebabkan sikap segelintir orang Malaysia yang berkelakuan seperti tidak bertamadun.

Sumber: Instagram