in

“Rujuk is NOT for everyone” – Diana Danielle Minta Jangan Kaitkan Dia & Farid Dalam Isu Cerai Orang Lain

Diana Danielle Rujuk Bukan Untuk Semua Orang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak belakangan ini, isu perceraian suami isteri menjadi perbincangan hangat di media sosial.

Perpisahan dalam kalangan pasangan selebriti turut memberi kesan buat para peminat mereka sehinggakan ada yang mengimbau semula kisah bagaimana pelakon Farid Kamil cuba mempertahankan rumah tangganya ketika dilanda konflik pada tahun lalu.


Perempuan nak tengok usaha dalam perkahwinan

Pelakon Diana Danielle dalam satu hantaran terkini berharap golongan suami berjuang habis-habisan untuk menyelamatkan rumah tangga dan bukannya dilakukan di mahkamah pada hari perceraian.

Artikel berkaitan: ‪Topik Perceraian Jadi Tajuk Khutbah Solat Jumaat, Netizen Dakwa Gara-gara Penangan Fattah-Fazura?

Artikel berkaitan: “Kami tumpang gembira” – Farid Kamil, Diana Danielle Kembali Bersatu Selepas Sebulan Berpisah

553 1

Diana berkata, golongan isteri mahu melihat kesungguhan tersebut sepanjang tempoh perkahwinan.

“Perempuan nak tengok usaha dalam perkahwinan, bukan ketika sudah berada di pintu mahkamah.

“Tolong jangan dijadikan kebiasaan, terhantuk baru nak usaha,” katanya.

Ujarnya lagi, usaha untuk menyelamatkan perkahwinan perlu dilakukan sejak awal dan jangan dibiarkan melarat sehingga isteri tawar hati.

“Kalau nak, peliharalah sejak awal, bukan bila sudah tak boleh diselamatkan. Selepas itu salahkan wanita yang sudah tidak mampu untuk memaafkan,” ujarnya.

Rujuk bukan untuk semua orang

Dalam pada itu, bintang filem Imaginur itu juga meminta orang ramai tidak mengaitkan dirinya dan suami dengan kisah perceraian orang lain.

“Tolong jangan harap setiap orang mengikut cara orang lain. Harap berhenti kaitkan isu orang lain dengan saya dan suami.

“Kami pun mempunyai masalah sendiri untuk diuruskan. kita pun masih dalam fasa mencari keserasian dalam ‘alam baru’ ni.

“Sangat mencabar dan rujuk bukan untuk semua orang,” ujarnya lagi.

Img 0951

Difahamkan, Diana mengeluarkan kenyataan terbabit susulan daripada artikel bertajuk ‘Suami perlu contohi usaha Farid Kamil dalam mempertahankan rumah tangga’.

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.