Baru sahaja tadi kita dikejutkan dengan berita dakwaan mengatakan Kaka Azraff sudah bercerai.
Namun secara tiba-tiba pula, pelakon terkenal, Diana Danielle sebentar tadi menerusi Instagram memuat naik posting mengatakan dia bakal memfailkan perceraian terhadap suaminya, Farid Kamil setelah setahun rujuk.
Menurut Diana, 33, bukan semua pasangan yang kembali rujuk akan kekal dan dia meminta Farid melepaskannya secara baik.
Artikel berkaitan: “Rujuk is NOT for everyone” – Diana Danielle Minta Jangan Kaitkan Dia & Farid Dalam Isu Cerai Orang Lain
Artikel berkaitan: “Dia ada hati tapi bertepuk sebelah tangan” – Diana Danielle Didakwa Tumpang Populariti Abang Bas
Saya telah memutuskan untuk berpisah dari suami saya dan akan memfailkan perceraian.
Tidak, saya tidak akan menjelaskan kenapa. Mungkin dia seperti biasa, (akan muncul) dengan bunga, cincin dan janji-janji kosong. Have a nice life,” katanya.
Pada 10 Ogos tahun lalu, Farid dan Diana telah sah bercerai talak satu, namun pasangan ini kemudian memilih untuk rujuk pada 31 Ogos pada tahun yang sama.
Mereka telah berkahwin pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 11 dan Nur Aurora yang kini berusia 9 tahun.
Kita doakan yang terbaik buat mereka ya…
Sumber: Instagram