in

”Rugi 26k” – Pengantin Scam Katering Order Dua Ekor Kambing Golek Tapi Bayar Pakai ‘Cek Tendang’

Collage 11

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Katering adalah antara benda paling penting sekali bila nak buat majlis perkahwinan. Malah, makanan merupakan belanja paling besar sekali pengantin perlu keluarkan.

Namun begitu, kita kenalah ukur baju di badan sendiri juga, kalau tak mampu nak jamu makanan yang mewah, jangan pulak pandai-pandai nak sakitkan diri sendiri atau orang lain.


Macam kisah yang tular baru-baru ini bila seorang wanita telah meluahkan kekecewaannya di Facebook selepas permintaannya untuk mendapat bayaran tak membuahkan hasil walaupun majlis tersebut telah pun selesai 10 bulan yang lalu.

306740999 3421984024726490 5747441054869499154 N

Menurut wanita ini, sebelum majlis dia telah pun meminta bayaran deposit, namun begitu pengantin tersebut telah memberikan pelbagai alasan dan kerana memikirkan yang mereka sekampung dan ada bau-bau bacang, pihaknya telah meneruskan untuk membantu pengantin yang berjanji akan membuat bayaran penuh selepas majlis.

Pengantin Tak Bayar Katerer

Tambah wanita ini lagi, permintaan makanan dari pengantin ini juga bukan kaleng-kaleng ya… Untuk majlis perkahwinannya itu, pengantin telah meminta makanan untuk 1850 tetamu, makanan beradab pengantin, dome lima set, kambing golek dua ekor dan oren F&N 1,000 botol yang jumlahnya mencecah sehingga RM26,000. Wahhh makan besarrr!

S747378992669086352 P2 I2 W800

Selepas majlis, mereka telah meminta agar pengantin ini membayar namun pihaknya telah menerima cek tendang dan sehingga kini tiada apa-apa bayaran yang diterima.

Tak cukup dengan itu, pengantin ini juga dikatakan turut mengugut untuk tidak bayar langsung sekiranya perkara ini diviralkan di media sosial. Eh ehhh

Screenshot 2022 10 06 At 1.42.57 Pm

Difahamkan, ada juga beberapa individu lain yang pernah ditipu oleh pasangan ini. Untuk pengetahuan korang, laporan polis telah pun dibuat berhubung kejadian ini.

 

Baca: Hanya Kahwin 2 Hari, Remaja 17 Tahun Tak Faham Kenapa Perlu Dilabel Sebagai ‘Janda’

Screenshot 2022 10 06 At 2.01.15 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.