Sering berkongsi kandungan tentang parenting di YouTube miliknya, siapa sangka, YouTuber Ruby Franke ini adalah ‘evil queen’ yang dikatakan kejam dengan anak-anaknya sendiri.
Wanita yang berasal dari Utah, Amerika Syarikat ini mula dikenali menerusi satu saluran YouTube yang dinamakan sebagai 8 Passengers pada tahun 2015, berkonsepkan family vlogging, saluran ini telah meraih populariti dan wang yang banyak menerusi channel tersebut.
Pada asalnya, ibu kepada 6 orang anak ini menyiarkan vlog 5 hari seminggu pada pukul 6:00 pagi. Pada Jun 2020, populariti saluran itu meningkat naik dan mempunyai kira-kira 2.5 juta subscribers dan memperoleh 1 billion tontonan.
Artikel berkaitan : “Kenapa buat anak aku macam tu?” – Kes Dera Anak Angkat Hingga Maut, Ibu Kandung Menyesal Beri Anak Pada Kawan
Artikel berkaitan : Pengasuh Nangis Teresak-esak Kena Soal Influencer, Kes Dera Anak Majikan Sampai Muka Lebam
Dalam vlog tersebut, dia menunjukkan kehidupan seharian bersama keluarga yang terletak di pinggir bandar Mormon, yang mana memaparkan satu kehidupan tipikal seperti keluarga lain iaitu memasak, makan bersama dan berbual bersama-sama anaknya.
Bagaimanapun, ada beberapa content dibuat olehnya yang membuatkan ramai penonton mula rasa musykil terhadap cara dia mendidik anak-anak yang kononnya tegas.
Dalam satu video, dia dilihat memberitahu anak lelakinya bahawa mereka tidak akan dapat makan malam jika mereka terus bergaduh. Dalam video lain, Ruby juga ada berkata kepada anaknya yang berusia 6 tahun bahawa kanak-kanak itu ‘harus’ kelaparan hanya kerana terlupa membawa makan tengah hari ke sekolah.
@cancelutahvloggerss #8passengers #6prisoners #rubyfranke #utahvloggers #5prisoners #mormon #evefranke #utah
“Mudah-mudahan tiada siapa yang memberinya makanan dan tiada siapa yang masuk dan memberinya makan tengah hari agar dia dapat belajar (kesilapannya),” katanya kepada kamera dengan harapan kononnya nak mengajar anak-anak untuk ‘hidup secara bertanggungjawab’.
Walaupun mendapat kritikan, pendekatan keibubapaan autoritarian dari Franke diteruskan dan jumlah penonton semakin meningkat. Pakar percaya kejayaannya mencerminkan kebimbangan dalam kalangan ibu bapa moden yang boleh menyebabkan mereka mencari penyelesaian untuk membendung anak mereka.
“Bagi ibu bapa yang berasa kehilangan dan terdesak, terutamanya apabila berhadapan dengan tingkah laku anak yang bermasalah, teknik ekstrem begini menjadi tarikan terutamanya jika mereka dapat melihat hasilnya,” kata ahli psikologi keibubapaan Dr Maryhan Baker kepada BBC.
Setelah beberapa lama saluran itu menjadi perhatian orang ramai, penonton jadi semakin curiga apabila melihat salah satu vlog daripada mereka.
Didikan yang agak ‘disturbing’
Pada tahun 2020, salah seorang anak lelaki Franke yang berusia 16 tahun mendedahkan bahawa dia telah diharamkan untuk ke bilik tidurnya sendiri dan ditidurkan di atas bean bag selama tujuh bulan. Perkara ini membuatkan penonton menjadi bimbang tentang kaedah tatatertib ibunya itu, malah Ruby juga mencatu makanannya.
Dia juga ada hantar salah seorang anaknya ke kem hutan belantara untuk mengancam anak-anaknya yang bermasalah, malah menakutkan anaknya bahawa Santa Claus tidak akan membawa mereka apa-apa untuk Krismas tahun itu kerana mereka terlalu degil.
Disebabkan itu, netizen melancarkan satu petisyen di Change.org untuk melaporkan penderaan dan pengabaian kanak-kanak terhadap Ruby. Malah, beberapa pengguna YouTube dan TikTok membuat video mereka sendiri dengan memberikan pandangan dan kecaman tentang keluarga itu.
Meskipun ia merupakan video lama yang memaparkan Franke mencatu makanan anak-anaknya sebagai langkah disiplin, video itu kembali muncul semula dan menjadi tajuk perbualan utama.
@eqod3160lqwkz31689 Part 1 | #fyp #news #tiktok #rubyfranke
Sebagai respon kepada kontroversi itu, Ruby dan suaminya, Kevin Franke memberitahu laman web berita Insider bahawa ada beberapa akaun mempunyai niat jahat dan sengaja mengeluarkan klip itu dan memberikan penjelasan di luar konteks.
“Mereka ingin melemparkan kebencian terhadap kami. Itulah satu-satunya objektif mereka. Orang yang waras tidak akan melihat video itu dan berfikir: ‘Ini merupakan penderaan terhadap kanak-kanak’,” kata Ruby kepada pemberita sebelum ini.
Pendek cerita, peguam Kevin Franke tampil menjelaskan yang anak guamnya itu tiada kena mengena dengan dakwaan tersebut, dengan mengatakan dia tidak mempunyai peranan dalam keluarga.
“Dia seorang yang baik,” kata Randy Kester kepada Good Morning America, mendakwa bahawa pasangan Franke itu telah tinggal di rumah berasingan sejak 13 bulan lalu.
Kevin Franke kemudiannya memfailkan penrceraian terhadap isterinya dan meminta hukuman maksimum dikenakan ke atas Ruby, dia juga menyatakan bahawa penderaan yang dialami oleh anak-anaknya itu agak mengerikan dan tidak berperikemanusiaan.
Saluran YouTube ditutup
@joysparkleshine Ruby ADMITS Her Kids Only Get to Eat One Day a Week or She Gets MAD! MORE St*rvation Evidence! Ruby Kevin Jodi hildebrandt chad shari franke 8 passengers russell connexions #ruby #rubyfranke #rubyfrankeisabadparent #rubyfrankearrested #rubyfrankenow #rubyfrankeishot #rubyfrankeisakaren #rubyfrankecult #connexion #connexions #connexionsclassroom #connexxion #connexionscoaching #8passengers #8passenger #8passengers_chad #8passengersshari #8passengers_fan #8passengerscanceled #8passengers_shari #8passengersruby #8passengerschad #8passengersabby #8passengers_ruby #chadfranke #sharifranke #sharifranke2023 #mentalhealthmatters #mentalhealthawareness #fyp #foryou #foryoupage #abuseawareness #childabuseawareness #truecrime #truecrimetiktok #truecrimetok #crime #crimetok #youtuber #youtubers #youtubersentiktok #greenscreen #greenscreenvideo #jodihildebrant #jodihildebrandt #kevinfranke #russellfranke
Tularnya kontroversi tersebut adalah satu petanda kejatuhan saluran YouTube 8 Passengers. Video harian telah dikurangkan kepada 2 atau 3 video setiap minggu, dan kemudian tiada langsung sebelum ia dipadamkan.
Tetapi Ruby Franke kekal aktif di platform media sosial lain, membentuk saluran nasihat keibubapaan baharu pada Jun 2022 yang dipanggil ConneXion. Ia hasil kerjasamanya bersama rakan kongsi perniagaan dan kaunselornya, Hildebrandt dan ada akaun Instagram yang dinamakan Mom of Truth.
Memandangkan ada sebahagian pengikutnya datang daripada penonton saluran 8 Passengers, Franke mendakwa bahawa usaha itu membantunya menjana berjuta-juta dan meninggalkan dunia yang menguntungkan itu kononnya untuk menyelamatkan anak-anaknya.
Menurut sumber, laman Instagram itu menawarkan kurus bimbingan keibubapaan, bagaimanapun, penderaan yang masih menjadi tanda tanya orang ramai akhirnya terjawab.
‘Kantoi’ dera anak
Pada 30 Ogos 2023 di Utah, seorang budak lelaki berusia 12 tahun yang penuh dengan kecederaan mengetuk pintu rumah jiran meminta makanan dan air. Dia telah melarikan diri dari rumah berhampiran dengan memanjat tingkap dengan pita pelekat masih di buku lalinya, kata polis.
Kanak-kanak itu dibawa ke hospital akibat kekurangan zat makanan dan “luka yang dalam akibat diikat dengan tali”, menurut rekod tangkapan.
Perkhidmatan kecemasan mendapati anak perempuan Franke berusia sepuluh tahun yang di dalam rumah itu juga kekurangan zat makanan.
@truecrime_80 Part 1. #911 #911dispatcher #truecrime #truecrimetiktok #911call #foryou #fypシ #rubyfranke
Hasil pemeriksaan di rumah itu menemui bukti yang “selaras dengan tanda kecederaan” pada kanak-kanak berusia 12 tahun itu, dan Bahagian Perkhidmatan Kanak-Kanak dan Keluarga Utah mengambil budak lelaki dan perempuan itu serta dua lagi anak Franke dalam jagaan mereka.
Laporan polis juga mengatakan bahawa Franke and Hildebrandt menggunakan lada cayenne dan madu untuk merawat lukanya mereka. Franke dan Hildebrandt telah ditahan tanpa jaminan.
Hildebrandt menyerahkan lesennya sebagai kaunselor sementara menunggu penyelesaian kes mahkamah dan tatatertib. Selepas penahanannya, YouTube mengharamkan Franke daripada platform itu, dan dua saluran baru yang dikaitkan dengannya itu juga dipadamkan.
Ruby Franke mengaku bersalah atas empat pertuduhan penderaan kanak-kanak pada 2023 dan menerima empat hukuman penjara berasingan antara satu hingga 15 tahun setiap satu. Rakan perniagaannya, Jodi Hildebrandt, menerima hukuman yang sama.