Kalau korang penggemar siri TV Bridgerton di Netflix, korang mesti kenal dengan Queen Charlotte kan? Permaisuri yang suka dengan gosip dan pada masa yang sama juga seorang yang tegas.
Kalau korang nak tahu cerita ini telah diadaptasi dari buku Julia Quinn dengan tajuk yang sama, tapi karakter Queen Charlotte ni memang tak ada dalam buku tau! Lebih menarik lagi, watak Queen Charlotte ini diambil dari royal sebenar dari Era Regency dari tahun 1761 ke 1818.
Selain muncul dalam Bridgerton, Queen Charlotte turut mempunyai siri spin-off tersendiri bertajuk, Queen Charlotte: A Bridgerton Story yang turut boleh ditonton di Netflix di mana ia menceritakan bagaimana Charlotte bertemu dengan King George dan akhirnya menjadi ratu.
Jom tengok siapa sebenarnya sosok disebalik watak Queen Charlotte ni.
Artikel berkaitan: Drama! Ini Pergaduhan Antara ‘Royal’ Yang Pernah Berlaku Sepanjang Sejarah
Artikel berkaitan: Ini 5 ‘Skandal’ Diraja Paling Kontroversi & Mengejutkan Dunia
Queen Charlotte of Mecklenburg-Strelitz
Queen Charlotte telah dilahirkan sebagai Sophia Charlotte of Mecklenburg-Stelitz oleh duke dan princess Jerman pada 19 Mei 1744. Dia telah menjadi ratu Great Britain dan Ireland selepas berkahwin dengan King George III di London pada September 1761.
Ketika berkahwin, Charlotte baru sahaja berusia 17 tahun manakala George berusia 22 tahun. Pasangan ini telah berkahwin selepas enam jam Charlottle tiba di England dan mereka berjumpa buat kali pertama.
Walaupun dalam cerita Bridgerton tak ada sebut sangat tentang anak-anaknya, Queen Charlotte telah melahirkan 15 orang anak di mana 13 daripadanya hidup sehingga dewasa.
Seperti yang disebut ketika Charlotte dan George makan malam dalam episod kelima Bridgerton Season 1, anak bongsu mereka, Princess Amelia telah meninggal di usia 27 tahun pada 1810, iaitu tiga tahun sebelum Bridgerton. Manakala anak ke-13 dan ke-14, Prince Octavius dan Prince Alfred telah meninggal dunia ketika berusia 4 dan 1 tahun.
Betul ke Queen Charlotte orang kulit hitam?
Malah watak ini juga turut menjadi perdebatan di antara ahli sejarah tentang sama ada Queen Charlotte sebenar memang orang berkulit hitam atau tidak. Salah seorang pengkaji telah menjejaki salasilah diraja dan mendapati bahawa Queen Charlotte yang sebenar memang berkulit hitam.
Menurut ahli sejarah Mario de Valdes y Cocom, melalui raut wajah yang boleh dilihat dalam potret-potret diraja, dapat tengok mukanya ada iras orang Afrika. Dia mendakwa bahawa walaupun ratu ini berasal dari Jerman, ia mempunyai salasilah cabang orang kulit hitam melalui keluarga diraja Portugis yang ada kaitan dengan Margarita de Castro e Souza.
Margarita de Castro e Souza merupakan seorang wanita bangsawan Portugis dari abad ke-15 di mana keturunannya adalah dari pemerintah abad ke-13 Alfonso III dan kekasihnya, Madragana yang merupakan orang Moor iaitu Roman Afrika.
Namun begitu, ramai ahli sejarah lain yang skeptikal dengan teori Valdes ini. Mereka mengatakan, generasi di antara Charlotte dan Madragana sangat jauh dan untuk mengatakan yang Madragana seorang black juga sangat tipis.
Tapi kalau betul, ini bermakna Queen Charlotte memang merupakan pemerintah diraja pertama yang berkulit hitam.
King George III dilanda masalah mental
Dalam Bridgerton dan Queen Charlotte: A Bridgerton Story, kita boleh lihat yang watak King Geoger telah mengalami masalah kesihatan mental yang agak teruk. Kalau mengikut cerita yang sebenar, Queen Charlotte dan King George III mempunyai hubungan rumah tangga yang bahagia selama 25 tahun pertama.
Namun begitu, dua dekad selepas itu, masalah kesihatan mental yang disorok dari Charlotte mula menjadi masalah. Pada tahun 1788, King George II telah mengalami episod manik selama berbulan-bulan sehingga dia tak boleh nak menjalankan tugasnya.
Ini merupakan salah satu episod manik yang berlaku dan berlanjutan sehingga 32 tahun sehingga dia mendapat gelaran “Raja Gila”. Masalah ini juga turut membuatkan hubungan rapat dia dan Charlotte menjadi retak.
King George akhirnya terus mempunyai masalah ini pada 1811 sehingga anak lelaki pertamanya, George telah menggantikan tempat bapanya sehingga kematian bapanya pada 1820. Charlotte terus setia di sisi suaminya dan telah menjadi penjaganya sehingga dia pun meninggal dunia pada 1818.
Selama bertahun-tahun terdapat teori mengatakan masalah mental yang dihidapi oleh King George III ini adalah berpunca dari gangguan darah genetik yang dipanggil porphyria. Tapi kajian moden menunjukkan bahawa doktor menemui simptom yang dialami oleh raja itu sama dengan fasa manik penyakit psikiatri seperti bipolar disorder.
Queen Charlotte merupakan orang yang ‘menemui’ Mozart
King George III merupakan pengasah Akademi Seni Diraja. Dia dan Charlotte juga berkongsi minat yang sama dalam muzik dan ratu ini juga merupakan seorang pemain Harpsichord yang cemerlang. Malah, dalam cerita Bridgerton, watak Queen Charlotte ada menyebut yang dia telah kenal Mozart ketika pemuzik ini masih belum berusia 10 tahun dan sejak itu dia tahu yang Mozart akan menjadi komposer terbaik di Eropah.
Perkara ini memang benar-benar berlaku. Pada tahun 1764, Wolfgang Amadeus Mozart yang baru berusia 8 tahun pada ketika itu telah membuat persembahan untuk keluarga diraja ketika melawat England. Ketika itu, Queen Charlotte menyanyi sementara Mozart bermain organ.
Setahun kemudian, Mozart telah mendedikasikan Opus 3 dan enam sonata lain untuk Queen Charlotte.
Fakta menarik, King George telah membeli Buckingham Palace dan keluarga ini telah berpindah ke sana pada 1762 dan ia telah menjadi hartanah yang digemari oleh Charlotte. Manakala sebagai rumah persinggahan, keluarga ini telah membeli Windsor House pada 1801 yang sebelum ini pernah didiami oleh Prince Harry dan Meghan Markle.
Sumber: Oprah Daily