Sibuk bekas Perdana Menteri dan isteri nampaknya hari ni!
Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dilaporkan ada ‘temujanji’ dengan pihak polis dan SPRM berkaitan siasatan kes 1MDB.
Menurut Malaysiakini, Presiden Pemantau Malaysia Baharu (PMB), Datuk Lokman Adam berkata, Najib akan hadir ke Unit Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA) di Menara KPJ pada jam 10 pagi ini.
“Semua teman-teman seperjuangan yang berkelapangan dijemput untuk hadir sama sekitar jam 9.30 pagi sebagai tanda solidariti.
“Kehadiran ini juga sebagai tanda bantahan kita terhadap penyalahgunaan AMLA,” kata Lokman.
Rosmah dipanggil SPRM kali ketiga, mungkin ditahan?
Dalam pada tu, Rosmah juga dilaporkan telah tiba di ibu pejabat SPRM sekitar jam 10.42 pagi untuk sesi soal siasat kali ketiga.
Kelihatan ceria dengan berbaju kurung hijau muda, Rosmah tersenyum saat dia dikerumuni jurugambar dan wartawan yang sudah sedia menunggu di SPRM sejak awal pagi lagi.
Menurut The Star, terdapat spekulasi kemungkinan besar isteri bekas Perdana Menteri ini akan ditahan hari ini kerana ada sumber yang mengatakan hari ini adalah sesi soal siasat terakhir dengan Rosmah. Walau bagaimanapun, masih belum ada kenyataan rasmi berkenaan perkara ni daripada pihak SPRM.
Rosmah tiba di SPRM sambil ditemani peguamnya Datuk K. Kumaraendran dan Datuk Gethan Ram Vincent.
Be strong ex PM and wife!