in

“Rosak nama negara saya” – Individu Dakwa ‘Makcik Kemboja’ Bukan Orang Asal Kemboja?

Asal Usul Makcik Kemboja

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Isu mengenai Makcik Kemboja atau juga dikenali sebagai Madame Mariyah masih lagi menjadi bualan ramai khususnya di media sosial.

Terbaru, seorang wanita yang berasal dari Kemboja mendakwa Makcik Kemboja sebenarnya bukanlah orang asal negara itu, sebaliknya dia berketurunan Vietnam.


Artikel berkaitan: “No more baju Makcik Kemboja” – ‘Partner’ Madame Mariyah Nak Lelong Semua Baju

Artikel berkaitan: “Ancam keselamatan saya” –  Anak Makcik Kemboja Tampil Nafi Cabar Netizen, Kecewa Video Diedit

Menurut individu yang dikenali sebagai Mastika itu, ketika perang Vietnam dahulu, ramai orang asal negara itu menjadi pelarian dan tinggal di Kemboja kerana ketiadaan tempat tinggal akibat peperangan.

https://www.tiktok.com/@kaka_hmer/video/7303810002739793153?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7246618843144029698

“Dia bukan keturunan Kemboja betul macam saya. Memang keturunan dia tak ada tanah nak duduk, takde negara, asyik tumpang negara orang buat hal.

Sekarang rosak nama negara saya Kemboja yang tak tahu apa ni, yang tak pandai hina orang, tahu cari rezeki nak makan, bela anak cucu je,” katanya.

Malah, wanita berkenaan turut berkata dia sangat malu dan tidak dapat menafikan dia kini sangat susah untuk mencari makan di Malaysia.

Dia turut meluahkan rasa hampa apabila ada sesetengah pihak yang memukul rata warga Kemboja dek kerana kenyataan oleh Madame Mariyah itu.

Dalam video berdurasi 10 minit itu, Mastika juga membuat permohonan maaf terutamanya kepada rakyat Malaysia yang tersinggung dengan kata-kata ‘Makcik Kemboja’ itu, dia juga berkata tujuannya memuat naik video itu untuk mempertahankan keturunan serta bangsanya.

Tak pasal-pasal yang lain terkena tempias ye…

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.